Ahad, 11 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Serik mahu dapat amah

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Serik mahu dapat amah KUALA TERENGGANU - Ibarat menanti buah yang tidak gugur, penantian hampir enam bulan untuk mendapatkan khidmat amah seperti yang diharapkan, bertukar menjadi detik sukar seorang lelaki, Mohamad Shukri Johari, 37.

Bagaimanapun, 'penderitaan' yang dialaminya mungkin terubat apabila mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Terengganu memerintahkan kenalannya, Tengku Khalid Tengku Awang, 55, membayar pihak yang menuntut iaitu Mohamad Shukri sebanyak RM3,000 dalam masa 14 hari dari tarikh award (surat perintah) diserahkan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohamad Shukri yang berasal dari Jalan Kamaruddin di sini, membuat tuntutan sebanyak RM4,900 kepada pihak penentang, Tengku Khalid yang menjadi 'orang tengah' bagi mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

Menurut Mohamad Shukri, dia memohon untuk mengambil pembantu rumah (amah) warga Indonesia daripada seorang ejen individu (orang tengah) iaitu Tengku Khalid dan telah membuat bayaran pada 15 Februari lalu, sebanyak RM2,500 sebagai deposit.

"Seorang amah percubaan telah dihantar oleh Tengku Khalid pada 26 Mac atau 27 Mac dan bayaran sebanyak RM2,000 lagi dibayar kepadanya. Amah tersebut masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan dan masih tidak mempunyai permit kerja.

"Bagaimanapun, amah tersebut mengadu kepada saya dan isteri bahawa dia mempunyai masalah keluarga di Indonesia dan ingin pulang ke kampung. Pada 19 April, amah terbabit diambil oleh Tengku Khalid untuk dihantar pulang ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah keluarganya. Saya juga telah memberi wang sebanyak RM200 kepada amah sebagai wang saku," katanya.

Bagaimanapun, pada 2 Mei lalu, amah kepada Mohamad Shukri telah menghubunginya dan mohon mengirim wang bagi membolehkan dia kembali ke Malaysia, dan dia telah mengirim wang melalui Western Union sebanyak RM200 lagi.

Tetapi, amah itu tidak kembali semula ke Malaysia atau bekerja di rumahnya, menyebabkan Mohamad Shukri berasa tertipu.

"Penghujung Jun, memandangkan permohonan pembantu rumah saya telah lama dan tidak ada jalan penyelesaian, saya telah memberi notis lisan kepada Tengku Khalid bahawa sehingga 1 Julai permohonan saya ini dibatalkan dan Tengku Khalid perlu memulangkan wang saya sebanyak RM4,500.

"Bagaimanapun, seperti pembantu rumah itu, dia (Tengku Khalid) turut memberi pelbagai alasan dan minta dilanjutkan tempoh, tidak menjawab panggilan dan SMS saya serta cuba mengelak daripada berjumpa dengan saya," katanya.

Sementara itu, Tengku Khalid dalam pernyataan pembelaannya berkata, dia bukanlah ejen pembantu Indonesia, sebaliknya hanya menolong mencari pembantu rumah untuk kawan-kawan.

Katanya, memang pihak yang menuntut iaitu Mohamad Shukri membayar wang sejumlah RM4,500 dan membelanjakannya untuk mendapatkan pembantu, tetapi ia tidak sesuai kerana pembantu tersebut telah pulang dan berjanji, akan dapat menggantikannya selepas Aidilfitri.

Setelah mendengar keterangan kedua-dua belah pihak, Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Siti Naaishah Hambali kemudiannya memerintahkan agar pihak penentang, iaitu Tengku Khalid membayar pihak yang menuntut, iaitu Mohamad Sukri sebanyak RM3,000 dalam masa 14 hari dari tarikh award diserahkan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved