Sabtu, 24 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jual perisian cetak rompak

Posted: 23 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jual perisian cetak rompak JOHOR BAHRU - Taktik sebuah premis jualan komputer untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual dan menggunakan perisian komputer cetak rompak mengundang padah apabila mereka berdepan kemungkinan didenda sehingga RM80,000 akibat kesalahan tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, premis yang berpusat di Taman Universiti, Skudai, di sini, menjual perisian komputer cetak rompak dipercayai sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, satu serbuan dibuat pada petang kelmarin dan pihak penguat kuasa merampas dua unit komputer riba dengan semuanya mengandungi empat salinan langgaran palsu yang berjaya dikesan.

"Serbuan terbabit dilakukan hasil aduan pihak Microsoft berhubung penjualan perisian cetak rompak yang dijalankan di premis itu sebelum pihak penguat kuasa menjalankan risikan awal.

"Kami menggunakan strategi menyamar sebagai pengguna yang ingin membeli komputer dan hasil taktik terbabit mendapati komputer yang dibeli itu diisi dengan perisian cetak rompak dan ia memudahkan lagi proses serbuan dijalankan," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDNKK, di Menara Ansar, semalam.

Menurut Abdul Hamid, semasa proses serbuan, premis terbabit sedang beroperasi dan memudahkan pihak penguat kuasa yang diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa, Zulazre Mukri yang dianggotai tiga penguat kuasa KPDNKK Cawangan Johor Bahru serta dua wakil Microsoft untuk menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti jenis perisian yang dijual kepada pengguna.

Katanya, sekiranya disabit kesalahan, pemilik premis berkenaan boleh didenda minimum RM2,000 hingga RM20,000 setiap satu langgaran, selain berkemungkinan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun.

"Semua perisian dan komputer yang dirampas dibawa ke pejabat KPDNKK cawangan Wilayah Persekutuan, manakala pihak pengurusan dua syarikat itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d), Akta Hak cipta 1987 iaitu memiliki salinan langgaran palsu.

"Pihak kami tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan individu dan syarikat lain yang melakukan perkara yang sama," katanya.

Beliau berkata, rampasan terbabit adalah kes pertama yang berjaya dikesan KPDNKK Cawangan Johor Bahru sejak awal tahun ini.

"Kes ini masih lagi di bawah siasatan dan sekiranya disabit kesalahan pemilik premis itu akan dikenakan hukuman mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved