Jumaat, 23 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

264 nelayan saman RM11j

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

264 nelayan saman RM11j JOHOR BAHRU – Setelah lebih setahun bersabar menantikan pampasan akibat kerugian yang ditanggung mereka, 264 nelayan sekitar Penggerang bertindak memafailkan saman bagi menuntut hak mereka.

Saman difailkan ke atas syarikat kapal AET Tanker Holdings Sdn Bhd berikutan kerugian yang dihadapi akibat tumpahan minyak di perairan Pengerang pada 25 Mei tahun lalu.

Peguam yang mewakili nelayan, T Rajasekaran dari T Raja & Co hadir di Mahkamah Tinggi Sivil di sini berkata, nilai tuntutan nelayan dari lapan kampung berdekatan sekitar Penggerang itu belum ditetapkan nilainya.

"Jumlah saman akan ditaksirkan oleh mahkamah tetapi taksiran kerugian selama empat bulan yang dialami oleh nelayan tersebut adalah berjumlah RM11 juta," katanya yang ditemui pemberita selepas memfailkan saman, di Mahkamah Tinggi Sivil, Menara Sarawak, di sini, semalam.

Rajasekaran berkata, saman difailkan di bawah Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994.

Beliau yang ditemui di luar mahkamah berkata, tumpahan yang berlaku 25 Mei 2010 akibat pelanggaran kapal tangki MT Bunga Kelana 3 dengan kapal kargo MV Waily kira-kira empat batu nautika Barat Daya Tanjung Stapa, Pengerang, Kota Tinggi pada 6.05 pagi, menyebabkan sebanyak 2,500 tan metrik minyak tumpah.

Sementara itu, wakil nelayan yang ditemui, Wahab Ibrahim, 51, berkata, akibat pencemaran itu, nelayan hilang pendapatan kerana jumlah tangkapan ikan yang merosot di samping mengalami kerosakkan peralatan menangkap ikan.

"Biasanya kita boleh memperolehi pendapatan sekitar RM250 sehari tetapi akibat pencemaran itu pendapatan kita hanya RM50 sehari atau tiada langsung selama empat bulan kerana ketiadaan ikan," katanya.

Nelayan yang terjejas adalah dari Kampung Pengerang, Kampung Jawa, Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sungai Buntu, Kampung Sungai Rengit, Kampung Teluk Ramunia dan Kampung Langkah Baik.

Wahab berkata, sebelum ini rundingan telah diadakan di antara persatuan nelayan, Jabatan Perikanan dan AET Tanker mengenai bayaran ganti rugi kepada nelayan tetapi syarikat itu dikatakan hanya bersetuju membayar kerugian selama lima hari yang ditanggung nelayan.

Seramai enam wakil nelayan hadir semasa saman itu difailkan di mahkamah berkenaan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved