Khamis, 8 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Belum muktamad: MB

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Belum muktamad: MB ALOR SETAR - Tuntutan untuk merombak formula agihan kerusi bertanding pada pilihan raya perlu dibuat menerusi meja perundingan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, secara prinsipnya PR Kedah mengekalkan formula tahun 2008, yang menyaksikan berlakunya peralihan kuasa di Kedah, namun keputusan itu masih belum muktamad.

"Berdasarkan konsep itu, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12 lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR, di mana 10 daripadanya diberikan kepada PKR. DAP hanya bertanding di dua kerusi. Jika mereka mahu minta tambahan kerusi untuk bertanding, perlu rujuk pada jawatankuasa perundingan," katanya.

Bagaimanapun, Azizan berkata, pintu rundingan masih terbuka, dan sebagai parti pemerintah, Pas bersedia berunding untuk sebarang perubahan sekiranya membawa manfaat kepada PR Kedah.

"Jalan masih panjang bukan boleh diputuskan dalam masa singkat atau terburu-buru," katanya.

Azizan mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang mahu DAP bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum ke13 (PRU13).

Guan Aik sebelum ini menuntut supaya parlimen Bagan Serai dan Alor Setar diserahkan kepada DAP, manakala enam Dun membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

Mengulas mengenai pendedahan Guan Aik mengenai dua perundingan sebelum ini di peringkat negeri tidak mampu menyelesaikan pertikaian agihan kerusi ekoran tiada parti yang mahu bertolak ansur, Azizan berkata, perundingan masih berjalan walaupun pada hakikatnya PR Kedah masih berpegang kepada formula tahun 2008.

"DAP sudah membuat pengakuan bahawa ada perkara dapat diselesaikan dan ada yang belum. Ini bermakna kita masih bincang. Mungkin untuk kerusi Pas tidak timbul masalah, cuma yang menjadi pertindihan tuntutan kerusi adalah antara DAP dan PKR," katanya.

Menurutnya, agenda utama kini bukan untuk berebut kerusi, sebaliknya mencari formula terbaik untuk mempertahankan kerajaan selain membuat penambahbaikan pentadbiran serta meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakan komponen PR.

"Saya tidak boleh buat kenyataan lagi berhubung isu ini sebab belum sampai masanya. Itu hak DAP untuk suarakan pandangan mereka, biasalah semua orang sedikit emosional apabila pilihan raya semakin hampir," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved