Sabtu, 24 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lapan beradik terselamat

Posted: 23 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lapan beradik terselamat KOTA BHARU-Tindakan pantas seorang abang berteriak kepada adiknya beradiknya bagi melarikan diri setelah melihat api di dalam bilik ayahnya, menyelamatkan nyawa lapan beradik daripada menjadi mangsa kebakaran di Kampung Badang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu hanya disedari Wan Mohamad Amin Wan Bakar, 19, yang berada di dapur bersama tujuh beradik yang lain yang ketika itu sedang makan tengah hari.

Menurut Wan Mohamad Amin, ketika kejadian, dia baru sahaja hendak menyuapkan nasi ke mulutnya dan ternampak api yang bermula dari bilik ayahnya.

Difahamkan ketika kejadian, bapa mereka Wan Bakar Mohamad, 45, tiada di rumah kerana keluar bersama ibunya Supiah Musa, 44.

"Ketika berada di dapur hanya adik bongsu, Wan Mohamad Faizol, 2, tiada bersama kami kerana bermain di dalam bilik abah (ayah).

"Apa yang saya fikirkan ketika itu hanyalah keselamatan kesemua adik-adik beradik saya dan mujurlah adik bongsu saya sempat keluar dari dalam bilik setelah api mula marak," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Mohamad Amin berkata, dia tidak dapat menyelamatkan barangan lain dalam rumah termasuk wang RM2,000 yang baru dikeluarkan dari bank semalam untuk digunakan membeli barang namun komputer riba milik salah seorang dari adiknya dapat di selamatkan.

"Saya masih terkejut dengan kejadian ini kerana tidak menyangka kejadian ini memusnahkan kesemua barangan dalam rumah termasuk kediaman kami.

"Api begitu pantas merebak dan sehingga saat ini (semalam) abah dan ma (mak) saya masih tidak mengetahui mengenai kejadian ini kerana saya tidak dapat menghubungi mereka," katanya.

Katanya, kebakaran mungkin berpunca daripada adik bongsunya yang dipercayai bermain mancis di dalam bilik terbabit.

"Saya tidak menyangkal kemungkinan adik (Faizol) punca berlakunya kebakaran ini tetapi pihak bomba masih menyiasat mengenai punca kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Zainuddin Senawi berkata, dua jentera dengan 13 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami terima laporan ibu dan bapa mereka tiada dan hanya tinggal anak-anaknya sahaja dalam rumah. Kerugian dianggarkan bernilai RM60,000 dan punca kejadian masih disiasat," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved