Isnin, 19 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua penyamun laut kantoi

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua penyamun laut kantoi MUAR – Dua penyamun laut warga Indonesia ditangkap kurang daripada 30 minit selepas disyaki mencuri tiga bot menangkap ikan di jeti Kuala Sungai Baru, Melaka, di sini, Sabtu lalu.

Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hassan berkata, kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 28 tahun itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Kuala Sungai Baru, Malaka untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, anggota PGM menerima aduan kehilangan bot menangkap ikan pada jam 12.30 pagi, Sabtu lalu.

"Berikutan aduan ini, kami segera menghantar satu Unit Peronda dari Melaka dan dalam tempoh 15 minit, berjaya mengesan bot nelayan bersama dua lelaki di jeti nelayan Telok Gong, Melaka.

"Bot ini dilaporkan telah hilang kerana dicuri dan kami memutuskan untuk menahan dua lelaki ini," katanya kepada Sinar Harian ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Markas Pasukan Gerakan Marin Muar, semalam.

Beliau berkata, bilangan peronda di sepanjang perairan pantai Melaka ditambah dan akhirnya menjumpai lagi dua bot yang dicuri pada jam kira-kira 5 petang di Kuala Sungai Baru.

Bagaimanapun, bot-bot yang dijumpai itu sudah tidak memiliki enjin yang dipercayai telah diberikan kepada rakan sejenayahnya.

"Arahan dikeluarkan kepada semua pasukan marin di antara kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pengerang, Johor untuk meningkatkan perondaan," katanya.

Zainul Abidin berkata, PGM Wilayah 2 akan meningkatkan kawalan di kawasan pantai bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin selepas percutian Hari Raya Aidilfitri.

"PGM akan bekerjasama dengan semua balai polis daerah dan memberikan segala bantuan apabila diperlukan serta menyasarkan untuk mengawal kemasukan pendatang tanpa izin dalam negara ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai kegiatan penyeludupan tenggiling, Zainul Abidin berkata, kes yang dilaporkan semakin berkurangan pada tahun ini, tetapi beliau bimbang penyeludup menukar taktik sehingga menyukarkan pihak polis marin mengesan kegiatan mereka.

"Mungkin pengurangan ini hasil daripada operasi tahun lalu atau berkemungkinan penyeludup telah menukar tempat pendaratan luar daripada Johor," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah disalurkan kepada markas PGM di talian 07 2372222 atau 07 2376122.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved