Jumaat, 23 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

MB mahu jurulatih lebih tegas

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

MB mahu jurulatih lebih tegas

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mahu jurulatih pasukan Terengganu dan T-Team bertindak lebih tegas terutamanya terhadap pemain yang dikenakan kad merah akibat disengajakan.

"Jurulatih seharusnya lebih serius dan tidak mengambil sikap `lepas tangan' apabila anak buah mereka bermain di bawah tahap permainan sebenar.

"Kadang-kadang saya tengok, ada jurulatih boleh senyum seolah-olah tak ada apa berlaku apabila pemain mereka buat kesalahan yang tidak sepatutnya.

"Kita boleh terima sekiranya pemain bermain berhabis-habisan tetapi kalah, jika begitu keadaannya kita berpuas hati dan mungkin kita kurang bernasib baik," katanya.

Beliau berkata, jurulatih tempatan sememangnya bernasib baik kerana kebanyakan penguru-san bola sepak di negara ini masih boleh berkompromi walaupun prestasi mereka kadang-kadang mengecewakan, jika mereka jadi jurulatih di negara luar, mesti sudah lama dipecat.

Sebelum ini, Menteri Besar mahu persatuan bola sepak di negeri ini mengambil tindakan tegas terhadap pemain bola sepak yang dilayangkan kad merah dalam satu-satu perlawanan.

Katanya, hukuman tegas seperti memotong gaji dan bonus mereka bertujuan memastikan setiap pemain memberi komitmen tinggi kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan lain.

Bagi tujuan itu, beliau telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi meneliti serta menjalankan siasa-tan ke atas pemain yang `dihadiahkan' kad merah dalam setiap perlawanan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut gusar dengan prestasi tidak menentu dan luar jangkaan yang ditunjukkan pemain Terengganu dan T-Team dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya nampak kadang-kadang kedua-dua pasukan ini seolah-olah bermain sambil lewa dan tidak bersunguh-sungguh.

"Dulu pun saya pernah bagi amaran supaya mereka ini (pemain) lebih serius tetapi perkara sama masih berlaku dan saya masih tidak tahu apa puncanya," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini, kelmarin.

Bagaimanapun kata Ahmad, beliau turut yakin pasukan Terengganu dan T-Team mampu melangkah ke separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia musim ini berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan kedua-dua pasukan ketika ini.

Menurutnya, walaupun kedua-dua pasukan mungkin akan bertembung sesama sendiri sekiranya layak ke peringkat itu, namun ia tidak menjadi soal kerana pencapaian tersebut masih boleh dianggap sebagai yang terbaik untuk Terengganu dalam arena bola sepak tempatan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved