Jumaat, 30 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hantar memorandum isu air

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hantar memorandum isu air KLANG - Satu memorandum akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hasil perbincangan meja bulat berhubung situasi pembekalan air semasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa kini.

Pengarah Eksekutif Operasi, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdb Bhd (Syabas), Abd Rashid Abd Satar berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada pihak berkenaan sebaik sahaja perbincangan di setiap daerah selesai hujung bulan ini.

"Pelbagai isu dibincangkan dalam perbincangan meja bulat ini yang melibatkan pengguna air yang terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, ahli perniagaan serta pihak berkaitan.

"Kebanyakan isu yang sering diutarakan pengguna adalah kualiti dan tahap kebersihan bekalan air serta senario semasa pembekalan air di Selangor," katanya dalam sidang media selepas majlis perbincangan meja bulat 2011 peringkat daerah di sini, semalam.

Menurutnya, memorandum tersebut akan disampaikan bersama Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pemantauan Air Selangor dan Wilayah Persekutuan (S3W), Forum Air Malaysia (FAM), Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) dan beberapa NGO lain.

"Situasi sebenar permintaan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi tempoh enam tahun lalu sehingga kini ialah pada kadar 3.5 peratus setahun dengan rizab kapasiti bekalan air sedia ada berada pada tahap tiga hingga lima peratus.

"Rizab kapasiti itu adalah amat kritikal terutama apabila kesemua 33 loji rawatan air hanya mampu mengeluarkan 4,326 JLH (juta liter per hari) sedangkan purata permintaan sudah mencecah 4,197 JLH.

"Dengan keadaan rizab kapasiti air yang sangat kurang dan ditambah dengan projek pemindahan air yang belum siap, kemungkinan akan berlaku masalah kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai tidak meragui kualiti bekalan air yang disalurkan Syabas memandangkan kualitinya disahkan oleh Jabatan Kesihatan.

"Sebenarnya kita tidak perlu menggunakan penapis air kerana air yang disalurkan kepada mereka selamat digunakan," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi SWAn, Aldric Loong berkata, pada masa kini, kualiti sungai di Selangor menurun dari Kelas I dan II kepada Kelas III yang mana 53 peratus daripada bekalan air terawat yang disalurkan kepada pengguna adalah daripada sungai yang diklasifikasikan dalam kelas berkenaan.

"Bagi memastikan kualiti air sungai di tahap baik, pembangunan dilaksanakan perlu di dalam lingkungan yang boleh diterima lembangan sungai itu sendiri bagi mengelakkan berlakunya 'tekanan pembangunan' selain meneruskan usaha memulihkan alam sekitar," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved