Rabu, 28 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Detik cemas jurugambar media

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Detik cemas jurugambar media KOTA BHARU – Suasana kecoh di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, apabila beberapa ahli keluarga tiga lelaki yang dijatuhi hukuman mati kes mengedar dadah bertindak agresif menghalang jurugambar yang membuat liputan.

Senario tegang itu berlaku kira-kira lima minit selepas Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Naziezul Ibrahim, Wan Muhammad Hanisan Wan Ismail masing-masing 31 tahun dan Azizul Fahmie Mamat, 27.

Kekecohan bermula apabila jurugambar yang menunggu di luar mahkamah itu dihalang seorang lelaki yang bertindak berdiri depan kamera jurugambar berkenaan sambil menyergah sebelum menolaknya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu ditegur seorang polis di situ sebelum jurugambar tersebut beredar.

Sebelum itu, ketiga-tiga lelaki didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar 18.77 gram (G) metamphetamine di pekarangan tempat letak kereta Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini pada jam 8.30 malam, 31 Mei, tiga tahun lalu.

Ahmad Zaidi dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan.

"Selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal dalam pembelaannya sementara pihak pendakwa berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.

"Setelah bersabit dengan akta ini, maka saya tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Dalam masa sama, ibu salah seorang lelaki rebah dan hampir pengsan sejurus menerima keputusan berkenaan.

Dia yang menangis dan meraung-raung dipapah beberapa ahli keluarga lain keluar dari mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, suasana hiba itu tiba-tiba bertukar tegang apabila kira-kira 10 lelaki menghimpit dan salah seorang daripada mereka menolak jurugambar yang membuat liputan menyebabkan hampir terjatuh.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved