Rabu, 21 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kadar sewa perlu munasabah

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kadar sewa perlu munasabah

SHAH ALAM - Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menaik taraf tiga bangunan utamanya, awal tahun hadapan, dijangka akan menjejaskan penyewa sedia ada di premis perniagaan berkenaan.

Pensyarah Ekonomi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Amir Baharuddin berkata, sekiranya kadar sewa mahal, peniaga pastinya akan berpindah ke pusat membeli belah yang lain.

Menurutnya, PKNS sewajarnya mengetahui kesan sampingan akibat usaha menaik taraf bangunan menerusi kaedah pelaburan, kerana sekiranya peniaga berkurangan, ia akan menjejaskan jumlah pengunjung yang datang ke bangunan PKNS.

"Langkah tersebut tidak wajar kerana peniaga akan lari disebabkan sewa tapak yang mahal dan mereka mempunyai pilihan di lokasi yang lain.

"Saya berpendapat nilai bangunan PKNS sekarang agak sukar untuk dinaikkan, ini kerana bangunannya yang masih tidak berubah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah PKNS melakukan proses pengambilalihan tiga bangunan PKNS, iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit).

Tindakan tersebut langkah tersebut telah menyebabkan kenaikan harga sewa sedia ada, contohnya dari RM2.20 kepada RM3.50 bagi penyewa di tingkat satu bangunan PKNS.

Kelmarin, PKNS menerusi Pengurus Korporat PKNS, Noorhisham Mohd Ghouth menjelaskan bahawa pengambilalihan ini bertujuan untuk menjana jumlah pendapatan PKNS sedia ada.

Menurutnya, menerusi pelaburan dalam Real Estate Invesment Trust (Reit), PKNS telah bekerjasama dengan Amanah Raya untuk mempertingkatkan keuntungan aset sedia ada yang bernilai 4 bilion, kepada jumlah yang lebih besar.

Sementara itu, rata-rata peniaga menyambut baik pengambilalihan pengurusan oleh Arreit tetapi berharap kadar baru sewa mulai Januari 2012 tidak membebankan.

Peniaga, Mohd Aizat Mohd Amin berkata, usaha membantu peniaga itu tindakan yang bijak tetapi kenaikan kadar sewa yang mendadak perlu dipertimbangkan semula.

"Tidak dinafikan sudah lebih enam tahun kadar sewa tidak dinaikkan tetapi berharap agar pihak pengurusan dapat menaikkannya secara perlahan agar tidak membebankan peniaga," katanya.

Sementara itu, Noraslinda Mohd Delan berkata, cadangan penempatan semula kedai juga di lihat dapat memudahkan peniaga dan orang awam untuk berurus niaga.

"Saya cadangkan agar setiap aras mempunyai kedai fotostat dan berada dalam jarak yang jauh antara satu sama lain supaya pengunjung boleh pergi ke kedai yang terdekat," katanya.

Bagi Naharuddin Mohd Zain, pihaknya sentiasa menyokong setiap usaha yang dilakukan untuk membangunkan Kompleks PKNS asalkan tidak membebankan peniaga.

"Pengubah suai bangunan mungkin dilakukan secara keseluruhan dan mengambil tempoh yang lama diharapkan pihak pengurusan boleh menyediakan tapak sementara kepada peniaga untuk berniaga seperti biasa sehingga ia siap sepenuhnya," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved