Isnin, 29 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

SANDAKAN - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan.

Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya.

Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi polis.- Bernama

Trafik bertambah di laluan dari Utara, Selatan Lebuhraya Plus

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Trafik bertambah di laluan dari Utara, Selatan Lebuhraya Plus

KUALA LUMPUR - Laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menunjukkan peningkatan aliran trafik di arah utara dan selatan tetapi masih lagi terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, jumlah kenderaan di kedua-dua arah tersebut semakin bertambah sejak tengah hari tadi.

"Di arah selatan, trafik meningkat di Seremban sementara di arah utara kenderaan semakin bertambah di Slim River dan Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, Perak" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, terdapat kemalangan di Km. 228 arah selatan dari Senai ke Kulai, Johor membabitkan dua buah kenderaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi dan kenderaan terlibat telah diubah ke lorong kecemasan, dan trafik kembali lancar.

Sementara itu, laporan trafik di Twitter Plus pada pukul 3.50 petang, berlaku kemalangan di Km 292.2 arah utara dari Putra Mahkota ke Bangi, Selangor.

Twitter Plus turut melaporkan pada pukul 3.13 petang, berlaku kemalangan di Km 210 arah selatan dari Taiping ke Changkat Jering, Perak.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved