Khamis, 25 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Bekas Pengerusi Mas saman Malaysian Insider RM200 juta

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bekas Pengerusi Mas saman Malaysian Insider RM200 juta

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal berita, The Malaysian Insider, berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama manakala Ketua Pegawai Eksekutif Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga.

Tajudin, yang menerajui syarikat penerabngan itu dari 1994 hingga 2001 memfailkan writ saman itu pada 18 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi Tetuan Lim Kian Leong & Co.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal pada 19 September ini. Menerusi pernyataan tuntutan, Tajudin mendakwa portal berita itu menerbitkan
kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011.

Beliau turut mendakwa bahawa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat.

Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat.

Selain ganti rugi am untuk kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang RM200 juta, Tajudin turut menuntut ganti rugi keterlaluan dan faedah. - Bernama

Kerajaan Sabah janji kediaman baru kepada mangsa kebakaran kampung Karamunting

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan Sabah janji kediaman baru kepada mangsa kebakaran kampung Karamunting

SANDAKAN - Enam belas keluarga mangsa kebakaran di Kampung Karamunting Baru mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang menjanjikan kediaman baru kepada mereka.

Beliau turut meninjau kawasan rumah yang terbakar dan menemui mangsa yang tinggal sementara di Masjid Al-Falah tidak jauh dari kampung itu serta menyampaikan bantuan barang keperluan termasuk pakaian sekolah kanak-kanak.

Kebakaran pada Selasa lepas memusnahkan sembilan rumah dan turut merosakkan tujuh lagi.

Musa melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu yang berlaku ketika penduduk di situ hendak menyambut Aidilfitri. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved