Rabu, 24 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


NGO Islam digesa sedia lebih banyak pusat perlindungan umat Islam

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

NGO Islam digesa sedia lebih banyak pusat perlindungan umat Islam

BAHAU - Lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam diperlukan bagi membela mereka yang menghadapi masalah kesempitan hidup dan kewangan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, sudah tiba masanya badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantu menyediakan lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam bagi mengelakkan golongan bermasalah ini daripada dieksploitasi pusat perlindungan agama lain.

"Kita bimbang jika pusat perlindungan Kristian ini menerima mereka, ada kemungkinan mereka akan menukar akidah untuk menjadi murtad.

"Jadi, dengan terdapatnya banyak pusat perlindungan untuk umat Islam ini maka kita boleh mengatasi masalah orang Islam yang tiada mempunyai tempat perlindungan apabila berdepan dengan pelbagai masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta pelancaran program lambaian Kaabah anjuran Biro Ekonomi Umno Bahagian Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol dekat sini malam tadi.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak terlepas pandang kes-kes sedemikian selain mengurangkan birokrasi dan pada masa sama mempertingkatkan kemampuan untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Beliau turut berharap institusi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan pihak berkuasa Islam negeri memperkemaskan pentadbiran mereka daripada segi dakwah.

Katanya ini untuk memastikan kegiatan gejala murtad dipantau dan bagaimana akidah mereka yang dimurtadkan dapat dipulihkan semula, di samping melihat keperluan mengadakan Akta Murtad.

"Akta ini memang relevan supaya perkara ini lebih jelas... supaya tidak ada pihak yang menafikan apa yang terdapat dalam perlembagaan negara di mana yang bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada Islam dan kita tidak mahu gejala murtad ini semakin berleluasa," katanya.

Pada majlis itu seramai 1,000 orang anak yatim di Parlimen Jempol membuka akaun dengan Tabung Haji.
- Bernama

Penukaran nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penukaran nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran

Kerajaan Negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui oleh MAIS.

Matlamat asal tidak berubah, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato' Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Sumber daripada laman web Selangorku

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved