Isnin, 22 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Trak kepung Parlimen Australia

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Trak kepung Parlimen Australia

CANBERRA - Ratusan trak mengelilingi bangunan Parlimen Australia, semalam dalam protes terhadap rancangan kerajaan mengenakan cukai karbon kepada rakyat.

Protes Konvoi Tidak Percaya anjuran sekumpulan pemandu trak itu diadakan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Julia Gillard.

"Semua orang hampir hilang sabar kerana negara ini dalam keadaan huru-hara," menurut pemilik syarikat pengangkutan, Peter Whytcross.

Ramai penduduk Australia dilaporkan berhadapan kesukaran hidup akibat inflasi meningkat di negara itu, di sebalik kekayaan negara yang menjadi antara pengeluar hasil lombong terbesar dunia.

Kerajaan Gillard sebelum ini mengumumkan akan mengenakan cukai karbon, iaitu bayaran ke atas pembakaran minyak yang menghasilkan karbon dioksida dalam usaha mengurangkan pencemaran.

Keganasan Israel berterusan

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Keganasan Israel berterusan GAZA - Tentera rejim Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza buat hari ketiga, semalam walaupun selepas pejuang Palestin bersetuju mengadakan gencatan senjata dan berhenti melancarkan roket ke arah Israel.

Menurut wakil kumpulan pejuang Hamas di Gaza, persetujuan itu dicapai dengan syarat Israel menghentikan serangan bertubi-tubi yang dilancarkan ke atas Gaza sejak tiga hari lalu.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev enggan memberi sebarang kenyataan mengenai perjanjian itu.

Liga Arab kelmarin mengecam serangan ganas dan berterusan Israel ke atas Gaza yang menyebabkan 15 penduduk Palestin terbunuh termasuk kanak-kanak berumur lima tahun dalam tempoh lima hari.

Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas bukan sahaja di Genting Gaza tetapi juga di Tebing Barat selepas mendakwa anggota kumpulan pejuang itu membunuh lapan rakyatnya, Khamis lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved