Ahad, 14 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Empat maut bumbung konsert runtuh

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Empat maut bumbung konsert runtuh INDIANA - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 40 lagi cedera, apabila bumbung pentas runtuh akibat tiupan angin kencang di Festival Indiana di Amerika Syarikat (AS), malam kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, angin kuat memutuskan tali yang menahan bumbung pentas menyebabkannya runtuh dan menghimpap orang ramai yang sedang mengikuti persembahan beberapa artis terkenal termasuk kumpulan penyanyi duo Sugarland dan Sara Bareilles.

Antara mangsa dilaporkan cedera ringan, adalah tiga kanak-kanak dan jumlah kematian dijangka meningkat selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Semasa runtuhan berlaku, tiada penyanyi berada di atas pentas dan kesemua penghibur dilaporkan selamat.

Polis AS turut mengumumkan akan menyiasat struktur pemasangan pentas itu bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM Britain ‘tampar’ polis

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

PM Britain 'tampar' polis LONDON - Keputusan Perdana Menteri Britain, David Cameron melantik pakar jenayah jalanan Amerika Syarikat (AS) sebagai penasihat selepas rusuhan ganas tercetus di London menjadi tamparan hebat kepada pasukan polis Britain.

William Bratton, ketua polis yang dikenali kerana kejayaan mengekang jenayah jalanan di bandar besar AS seperti New York, Los Angeles dan Boston akan membantu kerajaan Britain merangka strategi untuk berhadapan rusuhan dan budaya gangster di negara Eropah itu.

Pelantikan Bratton diumum Cameron selepas pemimpin itu menuduh kumpulan samseng sebagai punca rusuhan ganas empat hari di seluruh negara, minggu lalu.

Pengerusi Persekutuan Polis Manchester, Ian Hanson yang mewakili polis Britain menyelar keputusan Cameron itu.

"Britain tidak memerlukan seseorang yang tinggal sejauh 8,000 kilometer (untuk jadi penasihat) tetapi polis hanya memerlukan peruntukan kewangan mencukupi.

"Polis Britain menerima tamparan hebat apabila Perdana Menteri ingin membawa masuk Bratton untuk memperbaiki dasar keselamatan negara," katanya.

Kenyataan itu dijangka mencetuskan lebih banyak perselisihan antara polis dan kerajaan apabila Cameron sebelum ini mendakwa tindak balas pasukan keselamatan itu semasa rusuhan ibarat pengecut.

Kerajaan Britain di bawah merancang memotong peruntukan polis sehingga 20 peratus dan memberhentikan 16,000 pegawai sepanjang empat tahun bagi mengawal defisit negara itu.

Sementara itu, seorang lelaki, Joshua Donald, 26, dan remaja berumur 17 tahun dihadapkan ke mahkamah, semalam berhubung kematian tiga lelaki semasa mangsa melindungi kejiranan mereka daripada pencuri semasa rusuhan di Birmingham.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved