Selasa, 9 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Pendatang boleh daftar percuma di 10 kaunter Jabatan Imigresen Melaka

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pendatang boleh daftar percuma di 10 kaunter Jabatan Imigresen Melaka

MELAKA - Sehingga hari ini, hanya 8,730 orang daripada anggaran 100,000 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di Melaka tampil mendaftar dengan Jabatan Imigresen sejak 1 Ogos lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Ahmad Faiz Abdullah berkata, sambutan kurang memberangsangkan itu mungkin kerana mereka takut ditangkap atau maklumat yang mereka peroleh tidak tepat.

Ahmad Faiz berkata, tiada bayaran dikenakan kepada pendatang yang datang sendiri untuk membuat pendaftaran di Jabatan Imigresen Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mereka juga boleh mendaftar dengan syarikat pengurus yang dilantik untuk mengendalikan program pendaftaran itu tetapi dikenakan bayaran RM35 seorang, katanya pada sidang akhbar mengenai Program Pendaftaran Biometrik Untuk Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya terdapat 62 buah syarikat pengurus di Melaka tetapi hanya 41 syarikat beroperasi.

Ahmad Faiz berkata, kebanyakan PATI di Melaka bekerja dalam sektor pertanian dan pembinaan.

Pejabat Imigresen Melaka mendapat sambutan daripada pendatang yang datang dari Johor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kerana kaunter di sini tidak sibuk dan mengambil masa hanya dua minit bagi setiap seorang.

Proses pemutihan bagi pekerja asing tidak sah akan berakhir pada Ahad ini.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Melaka di talian 06-2322304.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terengganu, Pahang juga bayar bonus setengah bulan

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terengganu, Pahang juga bayar bonus setengah bulan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu dan Pahang merupakan dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun dan bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved