Khamis, 4 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Tikus hidup ditemui dalam roti

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tikus hidup ditemui dalam roti BRISBANE - Seorang wanita semalam mendedahkan dia terkejut selepas menemui tikus yang masih hidup di dalam bungkusan roti dibeli dari sebuah pasar raya Coles di Aitkenvale, utara Queensland pada Ahad lalu.

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya mendapati terdapat lubang besar pada permukaan roti itu seakan kesan akibat dimakan haiwan perosak.

Mangsa akhirnya bertindak mengembalikan semula roti itu tetapi pihak pengurusan pasar raya tersebut enggan bertanggungjawab sebaliknya memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Bagaimanapun, jurucakap pasar raya tersebut menyatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan syarikat itu telah memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Townsville.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjara Hong Kong adakan pameran kerjaya

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penjara Hong Kong adakan pameran kerjaya

HONG KONG - Sebuah penjara di Hong Kong telah mengadakan pameran kerjaya pertama untuk para banduan kelmarin dalam usaha membantu golongan itu untuk mendapatkan pekerjaan sebelum mereka dibebaskan.

Kebanyakan syarikat bersetuju dengan objektif penganjuran pameran kerana usaha tersebut seakan dapat memulihkan keyakinan para banduan untuk berubah menjadi orang berguna.

Pameran kerjaya yang diadakan di penjara Pik Uk yang terletak di pinggir bandar selatan China itu menawarkan hampir 250 peluang pekerjaan.

Pemilik kedai elektronik, Chun Man Tsun berkata, dia tidak menilai taraf pendidikan atau kelayakan para banduan tersebut.

"Saya hanya mencari calon pekerja yang bercita-cita untuk maju dalam hidup mereka," menurutnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved