Isnin, 1 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Dr Mahathir akan dipanggil jadi saksi pada perbicaraan Dr Ling Liong Sik

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Dr Mahathir akan dipanggil jadi saksi pada perbicaraan Dr Ling Liong Sik

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membabitkan penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu berbangkit selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan, menyoal saksi kedua Datuk Shaari Mahadi berkenaan sepucuk surat bertarikh 29 Jun 2002, yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir, iaitu Perdana Menteri ketika itu.

Selepas mengemukakan soalan kepada Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Shah Alam, Abd Majid memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mendengar perbicaraan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil bekas perdana menteri itu sebagai saksi membabitkan surat tersebut.

Surat yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir itu adalah untuk memaklumkan rundingan antara Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) telah diadakan berkenaan pembelian tanah berasaskan syarat yang dipersetujui JPPH Shah Alam.

Dr Ling, 68, didakwa dengan tuduhan pindaan (pertuduhan utama) menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian sekeping tanah yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telahpun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa dengan dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri berkenaan kadar faedah tambahan itu walaupun mengetahui JPPH Shah Alam telah mengambil kira kadar kupon/faedah. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PLPM kerjasama dengan UNDP bangun modul latihan

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

PLPM kerjasama dengan UNDP bangun modul latihan

KUALA LUMPUR - Pusat Latihan Pengaman Malaysia (PLPM) kini bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) membangunkan modul baru latihan untuk pasukan pengaman dari Malaysia, Asia dan Afrika pada masa depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul itu bagi memenuhi keperluan yang meliputi hak asasi manusia, penyelarasan antara tentera dan orang awam, menangani keganasan seksual dan isu gender di kawasan berkenaan.

"Projek ini yang dinamakan projek UNDP-Mindef dilaksana berdasarkan pembangunan keupayaan menerusi peranan Malaysia dalam latihan mengawal keamanan, dan ia dibiayai dengan sumbangan dari kerajaan Jepun.

"Saya harap Duta Jepun (ke Malaysia) Shijeru Nakamura dapat menyampaikan penghargaan saya kepada kerajaan Jepun atas dana RM1 juta yang disalur kepada UNDP bagi merealisasikan projek ini," katanya berucap pada perhimpunan bulanan kementerian itu, di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved