Rabu, 17 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tawaran hebat Celcom

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tawaran hebat Celcom Bagi menyemarakkan lagi suasana Ramadan, Hari Raya dan sambutan Merdeka, penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Celcom Axiata Berhad, menyediakan beberapa tawaran menarik bermula awal Ramadan sehingga 16 September 2011.

Sepanjang Ramadan, pelanggan: beragama Islam berpeluang mendapat maklumat berkenaan waktu solat lima waktu, pembayaran zakat fitrah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan berpeluang menang duit raya sehingga RM1,000 apabila memuat turun nada dering panggilan (CMT) serta banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Ramadan dan Hari Raya adalah masa tepat untuk kita meraikan saat manis bersama orang tersayang, jadi kesempatan itu, Celcom sedaya upaya menghubungkan anda dengan orang tersayang menerusi tawaran menarik terus ke telefon bimbit anda.

Menurutnya, sempena Hari Raya, bermula 14 Ogos hingga 12 September ini, Celcom secara rawak akan memilih 30 pelanggan bertuah untuk memenangi RM1,000 duit raya jika mereka memuat turun sekurang-kurangnya dua nada dering sehari. RM1 hingga RM1.50 caj dikenakan seminggu.

"Bagi yang gemar bersosial :di laman sosial Internet, pelanggan akan dikenakan caj RM1 seminggu.

"Penyertaan paling banyak akan berpeluang menang RM100 duit raya setiap hari," katanya.

Shazalli berkata, bagi menyemarakkan: lagi semangat kemerdekaan, Celcom juga menyediakan pelbagai kandungan berkaitan kemerdekaan terus ke telefon bimbit pelanggan agar semangat cintakan negara disemat kukuh di sanubari, terutama generasi muda.

Selain itu, bagi membangkitkan: suasana Aidilfitri, pelanggan boleh berkongsi :saat indah bersama keluarga, dan sahabat handai menggunakan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) dan berpeluang menang duit raya sehingga RM1,000.

"Pelanggan boleh menghantar :gambar dan video kenangan manis Aidilfitri ke 23131 dan lima gambar pelanggan :bertuah berpeluang: memenangi RM1,000, penyertaan :akan dicaj RM0.35 untuk setiap MMS," katanya.

Bagi kategori video raya, pelanggan boleh merakam sambutan Hari Raya bersama keluarga dan memuat naik ke YouTube atau paparkan ke ruangan laman Facebook XPAX/UOX/SOX .

Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat dalam kalangan Muslim, Celcom turut menawarkan khidmat pembayaran zakat menerusi SMS, terutama pelanggan: di Selangor, Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Melaka dan Sabah menggunakan khidmat M-Fitrah.

Ia satu-satunya perkhidmatan yang mendapat kebenaran oleh Lembaga Zakat Selangor. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.channelx.com.my.

Semua industri wajar rebut peluang teroka industri halal

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

Semua industri wajar rebut peluang teroka industri halal Semua industri di Malaysia, selain industri makanan, wajar mengambil peluang meneroka: industri halal secara lebih mendalam memandangkan ia menjanjikan pulangan yang besar.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kesedaran mengenai industri ini sudah meningkat ke tahap sehingga berjaya menarik minat syarikat luar negara untuk menceburi bidang ini.

"Mereka datang ke Malaysia untuk mempelajari kaedahnya dan mereka turut mengiktiraf keupayaan Malaysia dalam memberi sijil Halal dan sebagainya," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga tua di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebagai usahawan, industri Halal turut memberi keuntungan, bukan hanya di dunia, malah di akhirat.

Majlis amal anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) itu yang dihadiri lebih 500 tetamu, turut menghulur sumbangan berbentuk duit raya dan keperluan harian kepada lima rumah anak yatim dan sebuah rumah kebajikan warga tua hasil sumbangan daripada pelbagai pihak.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved