Isnin, 1 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sektor minyak Sabah raih RM13.56 bilion tahun lalu

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sektor minyak Sabah raih RM13.56 bilion tahun lalu Sabah meraih pendapatan RM13.56 bilion daripada 5.136 juta tan minyak sawit yang dihasilkan tahun lalu, sekali gus muncul sebagai penggerak pertanian utama dan penyumbang penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman, yang dibacakan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Peter Pang En Yin berkata, sektor minyak sawit yang kukuh dan berdaya tahan, dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

"Oleh itu, kini Sabah lebih menumpukan industri minyak sawit berbanding sektor perkayuan: sebelum ini.

"Dengan jumlah 1.4 juta hektar, Sabah menjadi negeri minyak sawit terbesar di dalam negara dengan menguasai 31 peratus daripada pengeluaran minyak sawit negara," katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Lembaga Minyak Sawit Malaysia-Sabah, di Sabah. - Bernama

Omni Mal perkenal edisi Al-Kitabu

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Omni Mal perkenal edisi Al-Kitabu Seperti Ramadan sebelum ini, Omni Mal Agencies Sdn Bhd sentiasa tampil dengan pelbagai jenis kurma yang didatangkan dalam pembungkusan tertentu dan kali ini ia dibungkus dalam bentuk buku dikenali sebagai Gurun Emas siri Al-Kitabu.

Edisi Al-Kitabu adalah inovasi yang dibangunkan syarikat dan diyakini mempunyai nilai estetika tersendiri.

Kurma Gurun Emas edisi Al-Kitabu (The Book) merupakan seni cipta kreatif dalam pembungkusan Omni Mal pada 2010, dengan menawarkan pembungkusan kurma berkualiti seperti, Ajwah dan Piarum dalam bentuk buku.

Omni Mal memilih menampilkan kurma dalam bentuk buku kerana dipengaruhi faktor ketinggian khasiat yang terkandung di dalam buah itu.

Ia juga bagi membuktikan tingginya penghormatan dimiliki kurma yang turut menyumbang dalam perubatan dan ekonomi.

Edisi Al-Kitabu didatangkan dalam tiga versi iaitu, Kurma Piarum 250 gram (RM17.70); Kurma Piarum 500 gram (RM33.70); dan Kurma Ajwah 100 gram (RM39.70). Produk Omni Mal kini berada di pasaran se-luruh Malaysia. Maklumat lanjut boleh hubungi 09-7733663 (Habsah).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved