Selasa, 16 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10,000 tiket habis dalam masa lima hari

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

10,000 tiket habis dalam masa lima hari KUALA TERENGGANU - Lebih 15,000 tiket bas ekspres, bagi perjalanan ke Kuala Lumpur dan Utara sempena Aidilfitri ini, habis dijual dalam tempoh seminggu.

Pengurus, Syarikat Pengangkutan SP Bumi, Muda Hamid berkata, tiket perjalanan pada 24 hingga 27 Ogos, 3 dan 4 September ini, ke Kuala Lumpur serta utara tanah air habis dijual sejak 24 Julai lalu, bagaimanapun tiket bagi perjalanan pada 28 dan 29 Ogos masih boleh didapati di kaunter tiket dengan kadar segera.

Menurutnya, tahun ini, lebih 10,000 tiket perjalanan ke seluruh destinasi ditawarkan habis dijual dalam masa lima hari sejak kaunter dibuka seminggu sebelum Ramadan.

"Kita lihat pengguna sudah pandai merancang perjalanan dengan membeli tiket lebih awal, terutamanya dalam kalangan penuntut IPT.

"Namun kita menyediakan tiga hingga ke empat bas tambahan ke destinasi terpilih berdasarkan permintaan pengguna seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri," katanya kepada Sinar Harian di Hentian Bas, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, semalam.

Manakala bagi Syarikat Cepat Express Sdn Bhd, sebanyak 5,000 tiket bagi perjalanan ke Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang habis dijual sejak kaunter dibuka pada 20 Julai lalu.

Keraninya, Hartina Abdullah berkata, perjalanan pada 24 Ogos, 2 hingga 4 September sudah habis dijual dan tiada bas tambahan disediakan pada tahun ini.

"Tiket bagi 27, 28 dan 29 dijangka habis dijual dalam beberapa hari lagi, pengguna yang ingin mendapatkan tiket ke utara tanah air dinasihatkan datang segera ke kaunter kami sebelum kehabisan" katanya.

1,928,495 pekerja asing, Pati sudah didaftar

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

1,928,495 pekerja asing, Pati sudah didaftar

KUALA LUMPUR - Seramai 1,928,495 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi pejabat Imigresen dan syarikat pengurus di seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Alwi Ibrahim berkata, menerusi jumlah itu, seramai 1,031,275 adalah pendatang tanpa izin yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

"Berdasarkan pecahan, jumlah pendatang tanpa izin direkodkan di Sabah sehingga tamat pendaftarannya lima hari lepas ialah 161,548 orang manakala di Semenanjung Malaysia, seramai 869,727 orang," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 673,127 orang berdaftar menerusi syarikat pengurus dan 196,600 orang lagi berdaftar di pejabat Imigresen.

Dalam perkembangan lain, Alwi berkata, Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada sebuah syarikat pengurus di Johor yang dikenal pasti melanggar aku janji yang ditandatangani dengan kerajaan membabitkan pengurusan Program 6P.

"Hasil pemantauan Jabatan Imigresen Johor, syarikat itu dikenal pasti telah menyalah guna Program 6P de-ngan menawarkan kad pengampunan bernilai RM3,000 kepada setiap pendatang tanpa izin yang berdaf-tar dengan mereka.

"Dengan menggunakan kad itu, pendatang tanpa izin dijanjikan bahawa mereka akan terselamat daripada tangkapan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan semua pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan program ini tidak akan ditangkap sehinggalah operasi penguatkuasaan besar-besaran dijalankan sebaik tamat pendaftaran, pengampunan, pemutihan dan pemantauan yang dijangka pada pertengahan November," katanya.

Alwi berkata, syarikat pe-ngurus berkenaan diminta memberi jawapan balas dalam tempoh tiga hari sebelum kerajaan mengambil tindakan kemungkinan membatalkan sijil perakuan kebenaran operasi dikeluarkan KDN bagi program itu. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved