Khamis, 18 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jawatankuasa kukuh demokrasi

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jawatankuasa kukuh demokrasi

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin penubuhan jawatankuasa pemilihan Parlimen mampu mengukuhkan sistem demokrasi negara sekali gus menjunjung kedaulatan undang-undang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR mengalu-alukan cadangan penubuhan jawatankuasa bagi tujuan pembaharuan kepada sistem pilihan raya.

"Penubuhan jawatankuasa itu akan melibatkan ahli Dewan yang mewakili pelbagai parti politik.

"Justeru, perbincangan dan keputusan pembaharuan kepada sistem pilihan raya dapat dicapai dengan kata sepakat daripada semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, SPR sedia memberi kerjasama apabila jawatankuasa itu ditubuhkan kelak.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penubuhan jawatankuasa berkenaan membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited mengadakan transformasi politik agar kekal relevan dengan realiti baru dunia politik masa kini.

"Keputusan menubuhkan jawatankuasa ini sangat penting berikutan kemunculan kesedaran baru sosial dalam kalangan golongan muda, terdidik, akademia, profesional, seniman dan lain-lain yang ingin menegakkan nilai-nilai murni dalam masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, senario rakyat yang semakin tahu hak dan peranan juga memberi isyarat bahawa transformasi dalam demokrasi perlu dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak tanpa mengira parti atau fahaman politik.

"Kewujudan media juga dilihat pendorong kepada penubuhan jawatankuasa berkenaan kerana pada masa kini, media baru dijadikan gelanggang aktivisme untuk memperjuangkan hak mereka atau meluahkan isi hati mereka," katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya pengamal politik di negara ini mengamalkan politik baru yang lebih segar.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa pemilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pantau 20 barang kawalan

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pantau 20 barang kawalan

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum 20 jenis barang terkawal di bawah Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya pada penghujung bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bermula 23 Ogos hingga 6 September yang dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang berkuat kuasa pada 1 April lalu.

Ismail Sabri berkata, penentuan harga barangan bagi pengeluar, borong dan runcit itu, berdasarkan pemantauan di setiap daerah, bermula pada Januari hingga Julai tahun ini.

"Kami mengambil pandangan daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterina.

"Ini juga termasuk mengadakan perbincangan bersama pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong di seluruh negara," katanya

Ismail Sabri berkata, peniaga diwajibkan menjual harga terkawal mengikut harga maksimum, selain daripada meletak tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.

Bagaimanapun katanya, peniaga digalakkan menjual barangan tersebut dengan harga lebih rendah daripada harga maksimum.

Menurutnya, peniaga ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Bagi kesalahan pertama,jika ada peniaga menjual barang terkawal melebih harga maksimum, ia boleh didenda tidak melebih RM100,000 atau dipenjara tidak kurang tiga tahun atau kedua-duanya atau di kompaun sehingga RM50,000.

"Kesalahan kedua, sekiranya gagal meletak tanda harga berwarna merah jambu bagi barang terkawal, boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000. Manakala hukuman denda bagi kedua-dua kesalahan ini adalah lebih tinggi jika dilakukan oleh syarikat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai salurkan maklumat sekiranya ada peniaga gagal mematuhi arahan melalui pejabat KPDNKK atau talian bebas tol 1800886800 atau email ke e-aduan@kpdnkk.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved