Khamis, 18 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mangsa kemalangan meninggal dunia

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mangsa kemalangan ambulans meninggal

BUKIT PALAH - Seorang pesakit yang dibawa ambulans apabila ia dirempuh sebuah teksi dalam kemalangan lewat petang Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Melaka, di sini, selepas dua hari tidak sedarkan diri.

Maryam Baba, 73, yang sebelum kemalangan itu cedera parah ditetak di kepala dalam satu kejadian samun dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Mangsa terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mendapatkan pemeriksaan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anak bongsu mangsa, Zaidi Senan, 43, berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir jam 9.10 pagi setelah tidak sedarkan diri selepas ditetak di rumahnya di Bukit Rambai, dekat sini, pagi Isnin lalu.

"Saya reda pemergian emak tetapi sedikit kesal dengan kemalangan yang berlaku dan terkilan kerana saya sangka, emak dapat diselamatkan.

"Namun lain pula yang terjadi apabila ambulans dinaiki terlibat kemalangan," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang, sebuah ambulans dalam perjalanan ke HKL itu turut dinaiki seorang doktor dan jururawat, dilanggar pada tepi di bahagian belakang oleh sebuah teksi sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu terbalik.

Doktor berusia 25 tahun parah di kepala dan dirujuk ke HKL, sementara seorang jururawat, Yuhanis Yasin, 30, ditempatkan di ICU.

Bagaimanapun, pemandu ambulans, Bambang Rudy Hartono, 41 dan atendan, Samad Ontok, 56, yang turut menaiki ambulans itu serta pemandu teksi, Ali Muhammad Don, hanya cedera ringan.

Ditembak ketika keluar bersahur

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ditembak ketika keluar bersahur

KAJANG – Seorang kontraktor mati ditembak selepas keluar bersahur dalam satu kejadian di Jalan Simpang Balak di sini, semalam.

Dalam kejadian antara jam 2.30 dan 3.30 pagi itu, penembak difahamkan bersenjatakan pistol.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rasyid Abdul Wahab berkata, kontraktor berusia 37 tahun itu bersama seorang rakannya keluar bersahur di sebuah gerai kira-kira 200 meter dari rumahnya.

"Mangsa sedang menunggang motosikal ketika didatangi suspek yang menaiki sebuah kereta lalu melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.

"Salah satu tembakan itu mengenai belakang badan mangsa. Barangan peribadi mangsa seperti dokumen pengenalan diri dan dompet tidak hilang. Sehubungan itu kita sedang siasat motif kejadian sama ada berunsur dendam, samun atau cemburu," katanya.

Abdul Rasyid berkata, polis kini giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved