Selasa, 16 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Dana RM1 juta Industri Kecil Sederhana kepada usahawan sempena Ramadan

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dana RM1 juta Industri Kecil Sederhana kepada usahawan sempena Ramadan

Jawatankuasa Pemilihan Dana Industri Kecil yang dipengerusikan oleh YB Dr Hj Yaakob Sapari semalam telah meluluskan seramai 87 orang usahawan yang berdaya maju layak menerima bantuan melalui Program Dana Industri Kecil.

Menurut YB Dr Yaakob Sapari, dana yang diberikan ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai usahawan menceburi bidang keusahawanan.

Disamping itu, ia juga mencerminkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu usahawan yang bersifat berdaya saing

Dana yang berjumlah RM1 juta ini adalah bertujuan untuk membantu pengusaha industri kecil yang berdaya maju supaya dapat meningkatkan hasil jualan mereka dengan memberi mesin peralatan.

Kesemua penerima dana ini perlu menghadiri kursus yang akan dikendalikan oleh kerajaan negeri. Kursus keusahawan ini berperanan untuk meningkatkan daya kreativiti usahawan dalam perniagaan, serta memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan kewangan secara berkesan.

Bagi penerima dana pada tahun 2011 ini, kerajaan negeri meluaskan skop kreteria bidang perniagaan antaranya ialah pakaian, makanan, salon kecantikan, bengkel pembuatan dan lain-lain.

Malah, kerajaan negeri juga sanggup menawarkan usahawan-usahawan makanan untuk membantu mereka dalam meningkatkan kualiti pembungkusan makanan.

Tegas YB Yaakob lagi, dasar kerajaan Selangor Pakatan Rakyat membimbing usahawan IKS secara konsisten merupakan usaha yang berterus dalam melahirkan lebih ramai usahawan.

Berbanding dengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional, Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas merupakan satu dasar yang pincang yang hanya menguntungkan ahli UMNO dan kroni-kroni mereka sahaja.

Dipetik daripada laman Selangorku

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SPR sedia bekerjasama dengan jawatankuasa pemilih parlimen

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

SPR sedia bekerjasama dengan jawatankuasa pemilih parlimen

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya yang cadangan penubuhannya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penubuhan badan itu akan menjurus kepada pengukuhan sistem demokrasi dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

"SPR mengalu-alukan cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut. SPR bersedia memberikan kerjasama apabila ia ditubuhkan nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dianggotai wakil pelbagai parti politik yang secara langsung boleh berbincang dan membuat keputusan berhubung pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

Semalam, Najib berkata kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa itu bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul syak wasangka pada masa hadapan.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved