Ahad, 21 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lelaki culik dan jadikan mangsa sebagai tebusan ditahan

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lelaki culik dan jadikan mangsa sebagai tebusan ditahan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menculik dan melarikan seorang wanita sebelum menjadikan rakannya sendiri dan ibu wanita itu sebagai tebusan, ditahan polis dalam satu kejadian di Alam Damai dekat Taman Bukit Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pedang samurai itu berjaya ditahan polis selepas proses memujuk dan rundingan memakan masa hampir tiga jam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh berkata kejadian bermula kira-kira pukul 1 pagi di hadapan rumah mangsa di Gombak apabila suspek berusia 32 tahun melarikan dan menculik seorang wanita yang dikenalinya.

"Mangsa baru pulang dari kerja sebelum suspek tiba-tiba masuk ke dalam kereta BMW mangsa sebelum mengugut mangsa agar memandu kereta menuju ke rumah suspek di Alam Damai di Cheras dan mangsa yang ketakutan hanya mampu menurut arahan," katanya kepada pemberita di Balai Polis Alam Damai, di sini hari ini.

Mohan berkata setibanya di rumah suspek, lelaki itu bertindak mengurung mangsa yang berusia 24 tahun yang menguruskan perniagaan sendiri itu di dalam rumah teres dua tingkat tersebut.

Beliau berkata dalam masa yang sama ibu mangsa berusia 42 tahun yang menyedari kehilangan anak perempuannya itu berjaya mengesan lokasi kedua-dua mereka sebelum bertindak menghubungi polis daerah Gombak kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, suspek yang kemudiannya menyedari kehadiran polis bertindak menghubungi dua orang rakannya untuk membantunya melarikan diri sebelum rakannya tiba dengan memandu sebuah Honda Accord dan salah seorang masuk ke dalam kereta milik mangsa.

"Suspek dan mangsa kemudiannya masuk ke tempat duduk belakang kereta BMW itu sambil mengacukan pedang samurai ke leher mangsa dan ibu mangsa cuba memujuk suspek bahawa dia sedia bertukar tempat dengan anaknya sebelum suspek bersetuju melepaskan mangsa dan menarik masuk ibu mangsa ke dalam kereta," katanya.

Beliau berkata ketika suspek cuba melarikan diri, kereta polis dari Gombak, Cheras dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kemudiannya bertindak mengepung bahagian depan dan belakang kereta BMW tersebut.

"Suspek kemudiannya menyuruh polis untuk membiarkan dia lepas dari sekatan dan mengacukan pedang tersebut ke leher ibu mangsa sebelum suspek turut mengacukan pedang dan mengugut untuk membunuh rakannya yang memandu kereta tersebut.

"Polis bagaimanapun cuba berunding dengan suspek bagi membebaskan ibu mangsa dan juga rakannya, hinggalah kira-kira tiga jam kemudian suspek akur mencampakkan senjata dan berjaya ditahan," katanya.

Beliau berkata suspek mengalami kecederaan dan luka-luka di badannya akibat terkena pedang yang dipegangnya dan juga pergelutan ketika cuba ditahan dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Katanya, bagaimanapun kesemua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua rakan suspek yang berusia 21 dan 22 tahun ditahan sebagai saksi kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek yang merupakan ceti haram (Ahlong) dan mempunyai rekod jenayah itu, menemui tiga bilah parang, selaras pumpgun palsu dan pisau lipat di dalam poket suspek.

"Motif sebenar mangsa diculik sedang disiasat tetapi polis tidak menolak ia mungkin mempunyai kaitan dengan cinta dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Akta Kanun Keseksaan (KK) kerana culik, Seksyen 307 KK cubaan membunuh, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 342 KK kerana membuat kurungan secara salah," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali berkata suspek itu adalah kenalan keluarganya.- Bernama

Polis kesan kes penipuan menerusi internet di Kelantan

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis kesan kes penipuan menerusi internet di Kelantan

KOTA BAHARU - Kes penipuan pembelian barangan menerusi Internet merupakan antara enam jenis jenayah komersial yang berlaku di Kelantan yang membabitkan kerugian hampir RM1 juta, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata kes itu melibatkan 30 kes dengan jumlah kerugian RM42,989 apabila pemesan barang melalui Internet tidak menerima barang yang telah mereka bayar.

Turut berlaku 65 kes di mana mangsa diperdaya melalui pujukan supaya menyerahkan nombor pin akaun bank mereka yang mana kes ini melibatkan kehilangan wang sebanyak RM196,745, katanya.

"Terdapat juga sindiket yang menipu wanita yang kesunyian melalui kenalan laman web sosial yang dikatakan bakal menerima hadiah berharga dari luar negara, tetapi telah ditahan oleh pihak kastam kerana tidak dibayar cukai.

"Mangsa diminta supaya membuat bayaran untuk menebus hadiah itu di mana mangsa akhirnya mendapati diri mereka tertipu.

"Kes-kes ini melibatkan kerugian RM260,950," kata Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 63 kes dengan kerugian sebanyak RM209,049 juga dilaporkan berlaku dengan mangsa diperdaya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya menebus hadiah peraduan yang kononnya mereka telah menangi.

Berlaku juga 13 kes yang membabitkan RM37,970 kerugian menerusi kewujudan laman web perbankan palsu yang meminta maklumat akaun bank melalui e-mel mangsa.

Mazlan berkata kes lain membabitkan 10 kes penyamaran anggota sindiket sebagai pegawai polis atau Bank Negara yang meminta mangsa memindah wang mereka ke dalam akaun yang diberikan, sekiranya tidak mahu wang simpanan mereka dibekukan.

Kes ini membabitkan kerugian RM199,568. Beliau berkata kesemua kes penipuan itu berlaku dari bulan Januari sehingga Ogos tahun ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Akta Jenayah
Komputer 1997. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved