Jumaat, 5 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukan unsur negatif pupuk kesedaran

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bukan unsur negatif pupuk kesedaran SENAI – Tindakan diambil pihak berkenaan terhadap pelajar yang mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lalu, bertujuan meningkatkan kesedaran untuk berubah ke arah kebaikan dan bukanlah berunsur negatif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, segala aktiviti diadakan adalah untuk menanamkan keinsafan kepada pelajar terlibat.

Menurutnya, ia bertujuan mendidik pelajar supaya menjauhi perlakuan jenayah kerana tindakan tidak bermoral itu pasti mendatangkan kesan tidak baik.

"Kami minta ibu bapa tenang dan memahami matlamat sebenar kepada pengisian program yang bertujuan me-ngubah kelakuan pelajar kepada tingkah laku yang baik supaya lebih berdisiplin.

"Ini adalah antara bentuk kesedaran yang melatih pelajar untuk mengikuti peraturan ditetapkan bukan sahaja pada masa sekarang, malah untuk kesan kebaikan jangka masa panjang," katanya.

Maulizan berkata, perkara itu dihantar kepada pihak Jabatan Pelajaran atau ke peringkat kementerian untuk difahami lebih jelas dan buat masa ini masih menunggu tindakan susulan diambil sama ada program sedemikian masih dapat diteruskan atau sebaliknya.

"Kita tunggu sahaja pihak berkenaan memutuskan sama ada kursus terbabit diteruskan atau sebaliknya, tetapi apa yang jelas matlamat kursus itu bukan untuk mendera pelajar.

"Bukan itu sahaja, pengisian program itu turut dikawal guru yang ditugaskan dan setiap pelajar perlu mengikuti pelbagai aktiviti ditetapkan dalam jadual," katanya.

Beliau berkata, tidak timbul isu mereka dilayan seperti banduan, bahkan mereka bukan mengikutinya di dalam penjara, tetapi di lokasi lain yang lebih selamat sekadar memupuk semangat jati diri.

Beliau mengulas dakwaan pelajar beberapa sekolah yang melaporkan bukan sahaja dibotakkan, sebaliknya turut dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk, ditendang dan dipaksa menggunakan pakaian banduan semasa menghadiri kursus terbabit.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seramai 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda didakwa didera secara fizikal ketika mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Timbalan Pengarah Veterinar dibunuh

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Timbalan Pengarah Veterinar dibunuh IPOH – Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPVN), Dr Rohani Kasim, 38, ditemui maut dalam gulungan selimut di Pangsapuri Permai Lake View, Ulu Kinta, semalam.

Mayat mangsa ditemui seorang pegawai keselamatan ketika melakukan rutin rondaan di pangsapuri didiami mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian jam 4.30 pagi itu ada kaitan dengan unsur jenayah.

"Polis menangkap dua lelaki berumur 26 tahun tidak lama kemudian berhampiran kawasan berkenaan.

"Suspek ketiga berusia 21 tahun ditahan di Tanjung Malim pada kira-kira jam 4.20 petang dan ketiga-tiga suspek ditahan reman untuk membantu siasatan kes ini," katanya.

Menurutnya, polis kini giat memburu dua lagi suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih disiasat.

"Orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan A Nirmala di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2531500," katanya.

Sementara itu, di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, semalam, suasana pilu menyelubungi ahli keluarga dan rakan pejabat yang sabar menanti bedah siasat selesai dilakukan.

Keluarga Dr Rohani menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon dan Pengarah JPVN, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Zambry turut memberi sumbangan RM8,000 kepada keluarga mangsa.

Menerusi jumlah itu, RM5,000 adalah bantuan atas tragedi yang berlaku dan RM3,000 untuk bantuan pengurusan jenazah pegawai awam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved