Jumaat, 26 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pastikan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan menjelang PRU Ke-13

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pastikan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan menjelang PRU Ke-13

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam pada itu, DPPWP mengalu-alukan cadangan kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR.

DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12.

Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini.

Penggunaan dakwat kekal akan mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang. Kos penggunaan dakwat kekal pula amat rendah dan mudah dilaksanakan. Dimana-mana tempat sama ada dibandar atau di ceruk kampung, penggunaan dakwat kekal amat sesuai digunakan.

Berbeza dengan penggunaan sistem biometrik, kosnya amat mahal dan tidak sesuai dilaksanakan khususnya di kawasan luar bandar. Sistem biometrik terpaksa bergantung kepada aplikasi internet dan tidak semua kawasan di seluruh negara ada akses internet.

Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem.

Lebih dari itu, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali. Justeru DPPWP tidak bersetuju penggunaan sistem biometrik dilaksanakan kerana ianya tidak menyelesaikan masalah yang timbul.

Oleh itu, DPPWP amat berharap SPR akan laksanakan penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke 13 nanti. Hanya dengan cara ini kredibiliti dan integriti SPR selaku badan yang menjalankan sistem pilihanraya di Malaysia kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Dengan daftar pemilih yang bercampur aduk dan tidak bersih bagaimana rakyat boleh percaya lagi terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat. Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan.

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Pembangkang perlu mohon maaf tipu penduduk Kuantan Isu Lynas

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang perlu mohon maaf tipu penduduk Kuantan Isu Lynas

KUALA LUMPUR – Pembangkang khususnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sepatutnya memohon maaf kepada penduduk di Kuantan kerana telah menyebarkan maklumat yang salah hingga penduduk di kawasan tersebut keliru dengan implikasi kilang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan sebagainya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata tindakan mereka yang mengembar-gemburkan berita yang tidak tepat seperti kesan yang akan timbul kelak menyebabkan kerajaan negeri dipandang serong.

Menurut beliau ekoran mpenyebaran maklumat yang tidak benar itu, kerajaan negeri hingga ke hari ini berterusan menerima pelbagai kritikan kononnya tidak prihatin dengan rakyat serta penduduk setempat dan sebagainya.

"Pengakuan berani Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat bahawa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan selamat dan tidak membahayakan perlu dilihat oleh Fuziah dan pemimpin pembangkang lain dengan mendalam.

"Takkan rakan sendiri dan dari parti yang sama masih tak percaya lagi……Kalau apa yang dikeluarkan oleh panel penilai dan pelbagai pihak lain yang membuat kajian mendapat kritikan daripada mereka, itu bukan perkara mustahil kerana mereka nak berpolitik semata-mata" katanya.

Dari pengakuannya dalam interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ' untuk menutup kebenaran' semata-mata kerana politik.

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.

Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Sharkar yang juga Ketua UMNO Temerloh seterusnya berkata pembohongan demi pembohongan oleh pembangkang telah mula terongkar satu persatu dan mereka akan terherat dengan gaya politik mereka sendiri.

"Yalah…..Semua pembohongan mereka nampaknya makan diri. Dulu kata kerajaan Pahang hampir muflis dan sebagainya, namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri khususnya telah berjaya menafikan benda ini tidak betul.

"Jadi kepada pembangkang, cukup-cukuplah membonhongi rakyat kerana percayalah satu masa nanti pembohongan mereka itu akan menjerat leher mereka sendiri," katanya.

Dipetik daripada MediaUMNO

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved