Isnin, 15 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bunyi tembakan senjatapi disangka mercun

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bunyi tembakan senjatapi disangka mercun

KULIM - Seorang lelaki yang menyangka bunyi letupan yang didengarnya awal pagi ini adalah mercun terkejut apabila mendapati pintu rumah, kereta dan pagar rumahnya ditembusi peluru dari tembakan senjata api, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata lelaki berumur 54 tahun itu yang merupakan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak menghiraukan bunyi letupan yang didengarnya kerana menyangka ia bunyi orang bermain mercun di hadapan rumahnya di Taman Pegaga, kira-kira pukul 3 pagi.

Beliau berkata semasa keluar dari rumah kira-kira 6.30 pagi ini beliau terperanjat apabila mendapati beberapa kesan tembakan dikesan di pintu utama rumahnya, di bonet dan belakang kereta Toyota Altis, di pintu pagar rumah dan bahagian tepi rumah.

Menurutnya sepasukan anggota polis bergegas ke rumah lelaki itu selepas menerima laporan, dan siasatan awal mendapati terdapat sembilan kesan peluru pada beberapa bahagian rumah dan kereta lelaki itu.

Chin seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis atau Ibu Pejabat Polis Kulim dengan menelefon 04-4906222. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjaga letak kereta dipenjara, disebat kerana menipu

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penjaga letak kereta dipenjara, disebat kerana menipu

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga tempat letak kereta dijatuhi hukuman penjara setahun lapan bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang buruh RM6,000 pada Februari tahun lepas.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhi hukuman itu terhadap Mustafa Kamal Hassim, 35, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah hari ini terhadap tuduhan menipu A.M. Sushila, 49, dengan memperdayakannya bahawa dia boleh membantu membebaskan anak lelaki wanita itu bernama
J.Tygarajan, 24, dari Penjara Sungai Buloh sehingga mendorong Sushila menyerahkan RM6,000 kepadanya.

Bapa kepada dua orang anak itu dituduh melakukan kesalahan itu di Blok B-11-15, PPR Taman Mulia, Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras pada satu tarikh antara Februari dan Mac 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved