Selasa, 2 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pendakwaan tarik balik tayangan rakaman video percakapan Suresh

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pendakwaan tarik balik tayangan rakaman video percakapan Suresh

SHAH ALAM - Video polis yang merakam kenyataan saksi utama, U Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tidak dapat dikemukakan di Mahkamah Tinggi kerana pendakwaan menarik balik tayangan rakam berkenaan.

Penarikan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff apabila barisan pembelaan membuat bantahan terhadap rakaman video percakapan Suresh dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT), semalam.

"Kami mengakui dengan bantahan itu dan tidak berhasrat untuk meneruskan tayangan rakaman terbabit," katanya.

Sebelum itu, Peguam Bela, Manjeet Singh Dhillon membuat bantahan apabila saksi TWT ke-3, Penyelia Juru Gambar dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Alor Gajah, Melaka, Detektif Sarjan Abdul Hadi Ismail, 51, berkata, rakaman terbabit audio tidak jelas kerana ia direkodkan dalam bilik yang luas.

Menurutnya, beliau menggunakan cakera padat (CD) untuk merakam :video percakapan Suresh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Video diambil Abdul Hadi pada 26 Oktober tahun lalu, dengan menggunakan kamera video Canon yang diletakkan pada tripod kira-kira tiga meter jaraknya dari Suresh.

Selain itu, rakaman percakapan Suresh dikendalikan Pegawai Perakam IPD Dang Wangi, Asisten Superitendan Ong Seng Keong bermula jam tiga petang hingga 11.45 malam pada 26 Oktober 2010.

Pada ketika ini, Manjeet berkata, ia adalah satu rekod yang tidak lengkap kerana audio tidak jelas.

"Saya rasa CD ini tidak perlu ditunjukkan dan tidak dikemukakan di mahkamah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin berkata, CD perlu ditunjukkan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, apabila Hakim Datuk Akhtar Tahir bertanya adakah pihak pendakwaan menyediakan mana-mana nas undang-undang untuk menyokong hujah mereka, Saiful Edris berkata tidak.

Selepas mendengar hujahan terbabit, Akhtar membenarkan permohonan Manjeet dan video rakaman percakapan Suresh tidak dijadikan sebagai barang kes.

TWT itu diadakan selepas Akhtar mendapati terdapat 22 percanggahan antara keterangan saksi itu, yang juga bekas pekerja Ladang Gadong di mahkamah dengan rakaman percakapan yang direkodkan.

Ia juga bagi memastikan kesahihan kandungan rakaman percakapan itu diberikan oleh Suresh yang dipenjarakan selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38 di Sungai Panchau dekat sini.

Dalam kes ini, bekas peguam, N Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh semua mangsa di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan IPD Dang Wangi, Asisten Superintendan, Mohd Ishak Yaacob berkata, rakaman percakapan kedua dijalankan ke atas Suresh berhubung siasatan kes bunuh jutawan kosmetik, Sosilawati dan tiga yang lain, adalah atas inisiatifnya.

Menurutnya, penggunaan video semasa rakaman percakapan kali kedua diadakan bagi mengelakkan tohmahan.

Beliau berkata, pemilihan beberapa pegawai dan juru bahasa dari IPD Alor gajah dibuat untuk merakam percakapan Suresh dan K Saravanan bebas ketika menjalankan siasatan.

Setelah selesai mendengar keterangan saksi, pendakwaan menutup kes perbicaraan TWT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anwar fail notis usul kedua

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Anwar fail notis usul kedua KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi di sini dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi, termasuk dua pembantu rumah warga Indonesia, yang nama mereka disenaraikannya dalam notis saksi beliau.

Dalam permohonan yang difailkan pagi semalam, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Lapan lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Profesor Dr Mohamad Ariff Abdul Karem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), Mohd Khoharullah Abdul Majid, Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank) dan bekas ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Minggu lalu, (26 Julai), Anwar memfailkan permohonan serupa untuk menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam afidavit sokongan bagi permohonan terbarunya itu, Anwar memberikan alasan sama seperti dalam permohonan terdahulu mengikut undang-undang, iaitu adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan membenarkan saksi ditemu bual oleh pihak pembelaan dan kos dibayar oleh pihak pendakwaan.

Peguam Ram Karpal Singh berkata, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar kedua-dua permohonan Anwar pada 3 Ogos.

Menurutnya, kebanyakan daripada 10 saksi itu awalnya adalah senarai saksi pihak pendakwaan dan kenyataan mereka telah direkodkan polis.

"Kami mahu temu bual itu diadakan sebelum kes pembelaan bermula, mengenai apa sebenarnya mereka (10 saksi) beritahu polia," katanya ketika dihubungi. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved