Jumaat, 12 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Keluarga Asyraf akan hanya berlepas esok selepas selesai urusan pasport

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Keluarga Asyraf akan hanya berlepas esok selepas selesai urusan pasport

KUALA LUMPUR - Keluarga penuntut Malaysia Mohamed Asyraf Haziq Rossli akan hanya berlepas esok pagi setelah urusan pasport mereka selesai hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata keluarga penuntut Malaysia yang cedera selepas diserang dan dirompak semasa rusuhan di London baru-baru ini akan berlepas ke London pada pukul 10 pagi esok.

Mereka mungkin akan ditempatkan di Malaysia Hall, London dan Kelab UMNO di sana akan menguruskan kesemua keperluan mereka sepanjang berada di sana, katanya di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lelaki ditahan bersama mercun bernilai RM9,000

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lelaki ditahan bersama mercun bernilai RM9,000

KUANTAN - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM9,000 di sebuah stesen minyak, Semambu di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin Polis Wilayah Tiga Kuantan Superintenden Sapian Salihin berkata, bertindak berdasarkan maklumat awam sepasukan gerakan Marin membuat intipan di kawasan berkenaan.

"Dalam intipan jam 3.50 pagi terbabit, suspek, 38, yang memandu kereta berseorangan ditahan berhampiran stesen minyak berkenaan. "Hasil pemeriksaan, polis menemui 17 jenis mercun yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan dan dianggarkan bernilai RM9,000," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mercun berkenaan dipercayai untuk diedarkan di kawasan bazar Ramadan di sekitar Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved