Jumaat, 26 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rebut peluang dapatkan Biasiswa Karangkraf

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rebut peluang dapatkan Biasiswa Karangkraf SHAH ALAM – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berkelayakan berpeluang mendapatkan biasiswa tajaan Kumpulan Media Karangkraf bagi pengambilan September di tiga universiti terpilih.

Pengurus Sekretariat Biasiswa Karangkraf, Azam Aris berkata, tiga universiti itu ialah Segi University College untuk pengambilan 5 September, Universiti Tun Abdul Razak (11 dan 12 September) dan Universiti Selangor (28 September).

"Permohonan boleh dikemukakan sebelum tarikh ditetapkan.

"Pelajar yang berminat boleh memuat turun borang permohonan di www.karangkraf.com atau maklumat lanjut di akaun Facebook Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf," katanya.

Beliau berkata, biasiswa diperuntukkan atas dasar tanggungjawab sosial ini dibiayai sepenuhnya oleh Karangkraf serta terbuka kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma dan ijazah.

"Pemohon perlu memiliki lapan kepujian dalam SPM dan PNGK 3.2 dalam STPM, berusia tidak lebih 25 tahun, pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 dan tidak terikat dengan pinjaman pendidikan lain.

"Pelajar perlu mengemukakan permohonan biasiswa dahulu dan sebaik sahaja layak, pihak pengurusan akan mendaftarkan nama mereka di universiti terbabit," katanya.

Beliau berkata, sejak dibuka pada 2010, Karangkraf telah menaja kira-kira 200 pelajar manakala sehingga pengambilan Julai tahun ini, Karangkraf menganugerahkan biasiswa kepada 75 pelajar dengan tajaan RM2.5 juta.

"Mana-mana pelajar yang mendapat tajaan tidak perlu membayar balik, malah, kami juga menyediakan peluang pekerjaan di Karangkraf kepada mereka yang berminat.

"Permohonan biasiswa ini terbuka sepanjang tahun. Kami menawarkan semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pelajar yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan mengenai status permohonan," katanya.

Azam berkata, bagi pelajar peringkat diploma, minimum tajaan RM15,000 hingga RM35,000 manakala bagi peringkat ijazah pula disediakan peruntukan RM25,000 hingga RM60,000.

Pelajar juga boleh mendapatkan dan menghantar borang permohonan kepada Sekretariat Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam atau menghubungi talian 03-51013648 (Nurhidayati Mohd Nasir).

Cadang cuti raya dilanjutkan

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Cadang cuti raya dilanjutkan

SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengisytiharkan cuti umum pada 2 September bagi mengelakkan rakyat Malaysia yang sedang menyambut perayaan di kampung, bergegas ke ibu kota untuk kembali bekerja.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tahun ini Aidilfitri dijangka jatuh pada 30 Ogos. Ini bermakna cuti umum adalah pada 30 dan 31 Ogos, diikuti 1 September sebagai ganti cuti Hari Kebangsaan.

"Jika cadangan ini diterima, cuti umum disambung kepada Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya dalam kenyataan semalam.

Ibrahim berkata, kerajaan boleh anggap pemberian cuti itu sebagai hadia sempena sambutan Kemerdekaan ke-54.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved