Selasa, 9 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Polis Selangor tumpaskan sindiket curi pondok telefon awam

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis Selangor tumpaskan sindiket curi pondok telefon awam

SHAH ALAM - Polis Selangor menumpaskan satu sindiket mencuri pondok telefon awam dengan tertangkapnya lima suspek dalam serbuan ke atas sebuah kedai barangan lusuh berlesen di Bandar Baru Bukit Beruntung.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kelima-kelima lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun ditahan pada pukul 6.05 petang pada 26 Julai lepas.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 14 pondok telefon dan 50 gagang telefon berwarna merah, sebuah lori dan sebuah kereta Proton Satria, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pondok telefon awam yang dicuri itu dianggarkan bernilai RM960,000, katanya.

Tun Hisan berkata, siasatan mendapati sindiket itu bukan sahaja melakukan perbuatan itu di Selangor tetapi juga di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kes kecurian pondok telefon awam di Selangor dikesan berlaku di Seri Kembangan, Bangi, Serdang, Ampang dan Balakong.

Beliau berkata, selain mencuri duit siling di dalam peti telefon, mereka juga menjual bahagian-bahagian logam yang berharga pada pondok telefon.

Katanya kelima-lima suspek, salah seorang daripadanya pemilik kedai barangan lusuh itu ditahan reman sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tun Hisan juga berkata, polis memberkas dua lelaki tempatan masing-masing di Rasa dan Taman Tun Perak di Rawang pada 4 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes kecurian tembaga di pencawang Tenaga Nasional Bhd di Bukit Sentosa, Sungai Choh dan Bukit Beruntung pada 2 Ogos lepas.

"Sebuah (kereta) Proton Iswara dan "bus bar" iaitu logam tembaga yang bernilai RM30,000 dirampas daripada kedua-dua pemuda berumur 22 tahun itu yang kini ditahan reman sehingga esok dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SKIM pemilikan kediaman persendirian di Selangor hanya umpan politik: MCA Selangor

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

SKIM pemilikan kediaman persendirian di Selangor hanya umpan politik: MCA Selangor

SHAH ALAM - MCA Selangor menyifatkan skim pemilikan kediaman persendirian yang diperkenalkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, sebagai satu umpan politik semata-mata.

Ketua Penerangannya Datuk Yap Pian Hon mendakwa kerajaan negeri mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membuat bayaran RM1,000 menerusi skim itu, sedangkan mereka perlu menjelaskan bayaran premium tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah.

"Mengikut siasatan kami, penduduk di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, yang menetap di tanah seluas 4,239 kaki persegi (393.8 meter persegi) dikenakan bayaran RM1,000 untuk memiliki 'land title' sahaja dan mereka langsung tidak diberitahu mengenai bayaran premium tanah RM30,978 untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

"Ini sangat keterlaluan sebab kalau ikut pentadbiran Barisan Nasional terdahulu, penduduk hanya dikenakan 50 sen bagi setiap kaki persegi bagi tanah seluas lebih 4,000 kaki persegi (371.6 meter persegi), dan ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 sahaja untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

"Kadar pengiraan formula ini pula dibatalkan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang dikeluarkan mengenai garis panduan skim baru ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved