Sabtu, 20 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


SPR sambut baik penubuhan jawatankuasa khas terpilih parlimen

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

SPR sambut baik penubuhan jawatankuasa khas terpilih parlimen

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin penubuhan jawatankuasa khas terpilih parlimen berupaya selesaikan, perkara berbangkit berhubung proses pe-rundangan dan teknikal.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dengan bidang kuasa yang terhad, jawatankuasa itu, menjadi platform terbaik perundingan antara pihak kerajaan, pembangkang dan bebas untuk membincangkan pelbagai isu.

"Semua pihak sedia maklum dalam semua aspek pengurusan dan perjalanan pilihan raya yang ditentukan undang-undang, SPR telah laksanakan tanggungjawabnya secara efisien dan sempurna.

"Sekarang banyak tuntutan dibuat parti politik adalah di luar bidang kuasa kita. Jadi terpulanglah pada kerajaan untuk menilai sama ada perlu atau tidak, kita diberikan kuasa lebih luas kerana kita sendiri tidak mempunyai hak untuk menentukan semua itu," katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengu�mumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu, usul mengenai pembentukan jawatankuasa itu akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Jawatankuasa khas terpilih parlimen yang akan meneliti sistem pili-han raya akan diketuai seorang menteri dengan lapan anggota dari sebelah kerajaan dan pembangkang.

Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan seorang bebas.

Kabinet juga bersetuju adakan pertemuan dengan SPR dalam masa terdekat bagi bincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Saham Bumiputera kurang

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saham Bumiputera kurang

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 60 bilion saham yang kita agihkan kepada Bumiputera pada masa dulu menerusi kuota yang disediakan, hanya tinggal 2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pegangan saham Bumiputera berkurangan disebabkan sesetengah pelabur Bumiputera tidak berkemampuan pegang saham-saham berkenaan.

"Alasan mereka, apabila saham naik, jadi tidak salah menjualnya pada harga tinggi sedangkan wang digunakan untuk kepentingan bukan ekonomi. Untuk menyekatnya, kerajaan membantu menyenaraikan beberapa syarikat Bumiputera di pasaran saham dengan nilai RM1 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian konvensyen dua hari, Memperkasa Model Baru Ekonomi Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula semalam.

Turut hadir Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan membantu syarikat berkenaan supaya menjadi lebih besar.

"Program ini adalah pendekatan baru berdasarkan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera, tak ada lagi soal kroni, tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang kita bantu," katanya.

Beliau berkata, perubahan pendekatan ini, dilihat lebih baik memandangkan kaedah dahulu seperti pemberian saham terbitan awam menerusi kuota Bumiputera, tidak bertahan lama kerana saham-saham itu dijual kembali ke pasaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved