Isnin, 29 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil

SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

"Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah.

Suami kena campak, isteri disimbah asid

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Suami kena campak, isteri disimbah asid ALOR SETAR - Gara-gara menumpangkan dua individu tidak dikenali, sepasang suami isteri bukan sahaja disamun, malah si isteri cedera parah disimbah asid dalam kejadian di Jalan Permatang Buluh, Bukit Besar, Yan, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, Rosnani Hussin, 45, dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah dari sini dengan menaiki kereta Proton Waja sebelum ditahan dua lelaki di hadapan stesen minyak di Kota Sarang Semut.

Menurutnya, kedua-dua lelaki merayu pasangan itu agar menumpangkan mereka ke destinasi sama setelah mendakwa minyak kenderaan mereka habis.

"Pasangan itu bersetuju menumpangkan kedua-dua lelaki itu dari Jalan Baru ke Bukit Besar, Yan. Setiba tiba di Jalan Permatang Buluh, seorang daripada mereka mengacu pisau ke arah suami mangsa dan mengikatnya. Dia kemudian ditinggalkan di tepi jalan.

"Lebih kurang 50 kilometer dari situ, dua lelaki itu memberhentikan kereta yang dirampas lalu menyimbah asid ke arah muka wanita itu dan terus beredar," katanya semalam.:

Adzaman berkata, orang ramai menemui suami mangsa dalam keadaan tangan dan kaki diikat di tepi Jalan Baru ke Bukit Besar, manakala isterinya bersama kereta ditemui polis di kawasan Guar Chempedak.

Menurutnya, pada awalnya mangsa menerima rawatan di Hospital Yan, tetapi kemudian dirawat di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

"Berdasarkan maklumat perubatan, mangsa melecur 30 peratus, meliputi bahagian muka, dada, mata dan hadapan kedua-dua paha.

"Polis belum menaksir kerugian sebenar dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazali ketika dihubungi mengesahkan keadaan mangsa stabil tetapi masih dirawat di Unit Rawatan Kebakaran.

"Selain mengalami lecur 30 peratus daripada badan, paru-paru mangsa turut menerima kesan akibat terhidu asid itu," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved