Jumaat, 26 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Hajat tak kesampaian

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hajat tak kesampaian JASIN – Hasrat seorang pembantu tadbir sekolah untuk berbuka puasa dan menyambut hari raya bersama keempat-empat anaknya tidak kesampaian setelah anak ketiganya yang menuntut di Politeknik Merlimau Melaka terlibat dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.

Suhailah Ahmad yang bertugas di Sekolah Menengah Mersing berkata, sebelum kejadian, anaknya Mohamad Izuan Abdul Majid, 20, menghubungi semua adik-beradiknya termasuk sepupunya supaya menjemputnya di Melaka untuk pulang ke Mersing.

"Kami tidak menyangka jemputan dimaksudkan adalah membawa jenazahnya pulang," katanya ketika ditemui di pekarangan forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Walaupun sedih, Suhailah reda dan mengakui masih terngiang-ngiang kata arwah supaya tidak membelikan pakaian raya untuknya disebabkan dia kini di tahun akhir pengajian dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Menurut Suhaila, mengikut perancangan anaknya yang telah mula bercuti, dia sepatutnya bertolak pulang ke kampung secara berkonvoi semalam.

Sementara itu, adik Allahyarham, Mohd Ridhuan, 18, berkata, dia tidak menyangka rayuan abangnya supaya menjemputnya pulang ke Mersing adalah yang terakhir didengarinya.

"Selalunya, jika pulang ke kampung, arwah akan menaiki motosikal tetapi kelmarin, dia telefon dan merayu supaya saya menjemputnya ," katanya sambil merenung seluar jeans arwah yang sempat dibeli sebelum kejadian.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi di Kilometer 26 Lebuh AMJ Melaka-Muar, kereta dinaiki mangsa bersama seorang rakan wanitanya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dan akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa terseret dan terbalik menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah.

:Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

DNA sahkan mangsa dikerat anak-beranak

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

DNA sahkan mangsa dikerat anak-beranak

SHAH ALAM – Polis mengesahkan mayat seorang wanita dan kanak-kanak berusia 20 bulan yang ditemui dikerat 15 bahagian dalam sebuah rumah di Taman Kosas, Ampang baru-baru ini adalah anak-beranak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pengesahan diperoleh hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan.

"Sebelum ini kita tak dapat kaitkan hubungan antara kedua-dua mangsa, namun selepas ujian perbandingan DNA dibuat dapati mereka mempunyai hubungan ibu dan anak.

"Laporan kimia kita dah dapat dan kertas siasatan berhubung kes sudah dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan daripada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini katanya, polis menahan 11 lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis juga berjaya mengesan waris kepada mangsa di Indonesia dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol)," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, tiga lelaki warga asing berusia antara 20 hingga 35 tahun yang ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin, direman selama seminggu sehingga 31 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved