Khamis, 25 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Artis lelaki boleh buat persembahan

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Artis lelaki boleh buat persembahan KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan buat kali kedua selepas 2009, membenarkan program Jom Heboh anjuran Syarikat Media Prima di sini.

Bagaimanapun, seperti tahun 2009, hanya artis lelaki dibenarkan membuat persembahan pada 26 dan 29 Oktober depan.

"Artis wanita boleh hadir, tetapi nak nyanyi tak boleh," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, sama ada artis wanita akan dibenarkan membuat persembahan berasingan atau secara tertutup, boleh dibincang dengan penganjur.

Menurutnya, permohonan untuk menganjurkan Jom Heboh di Kelantan itu dibuat melalui Pengerusi Syarikat Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan diluluskan dalam mesyuarat Exco semalam.

"Kita luluskan permohonan ini tertakluk kepada pematuhan segala undang-undang dan peraturan serta arahan ditetapkan Kerajaan Negeri mengikut akta kawalan hiburan dan peraturan yang ada," katanya.

Takiyuddin, yang juga Timbalan Setiausaha Agong Pas berkata, Kerajaan Negeri melantik tiga ahli Exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk program itu.

Selain beliau, dua Exco terlibat, Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan.

Tolak ketaksuban jatuhkan bangsa

Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tolak ketaksuban jatuhkan bangsa SHAH ALAM - Bangsa di negara ini perlu mengutamakan perpaduan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan ketaksuban hingga menjatuhkan hak-hak bangsa sewajarnya ditolak.

:Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, masyarakat Melayu Islam yang majoriti terlebih dahulu perlu bersatu atas dasar Islam dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar.

Menurutnya, kumpulan ulama Umno kini, sedang memberi fokus terhadap penerapan dakwah ilmu yang mana dilihat adalah sebagai tarbiah yang perlu diberi keutamaan.

Mengulas pertanyaan salah seorang peserta mengenai tempoh masa diperlukan untuk mentarbiahkan ahli Umno, katanya, bagi melaksanakan perkara itu, beberapa perkara penting perlu diperhalusi.

"Dalam dakwah ada keutamaan perlu kita berikan. Pada hari ini kita ambil remeh dan memandang enteng terhadap isu syahadah, pengesaan kepada ALLAH dan persaksian bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.

"Hasil remeh isu itu, beri kesan kepada praktik amalan itu sendiri. Bila mereka bercakap soal politik, mereka bercakap dengan penuh kepentingan. Bertakwalah," katanya sambil memberitahu soal masa dan tempoh Umno berubah, semua pihak harus bersabar.

"Saya rasa kita hari ini asyik memikir kan soal sampai bila tetapi apa sumbangan kita? Kita asyik nak doakan keburukan, sepatutnya mendoakan kebaikan pemerintah untuk dirasai oleh semua rakyat," katanya.

Fathul Bari berkata, menerusi kumpulan ulama Umno kini, beberapa perancangan telah dibuat dan ada di antaranya sudah diluluskan.

Menyentuh peranan ulama dalam Umno, katanya, diketahui sekian lama Umno tidak pernah ada satu badan tertentu yang khusus untuk bawa ulama atau ketengahkan kumpulan ini dalam parti. Yang ada cuma biro agama yang bertugas untuk menggerakkan program keagamaan.

"Pada hari ini, manusia berubah gopoh untuk mencari populariti, glamor dan kerusi politik. Kita lihat satu generasi keadaan yang berbeza kini, maka untuk itu perlukan kesabaran," katanya.

Menurutnya, fenomena politik kini dilihat bergelut dengan kepentingan masing-masing sehingga ada beberapa fakta yang sepatutnya disampaikan tetapi berlaku sebaliknya.

"Oleh itu, adalah tanggungjawab penyiaran media untuk menyebarkan tanpa dipetik sebahagian dan sebahagiannya tidak," katanya.

Fathul Bari, ditemui selepas wacana, menjelaskan semula yang dimaksudkan beliau dengan dakwah ilmu tersebut meliputi program cintai ilmu, program ulama dan kelas ilmu yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya, kehadiran kumpulan ulama itu adalah untuk membantu Umno.

"Kita (ulama) berada di sini untuk membantu Umno bagi selesaikan permasalahan dan hendak saya jelaskan, bahawa kita dahulukan Islam dalam apa jua perkara untuk bantu Islam. Kita kembali ke dasar ilmu dan mulakan dakwah melaluinya," katanya sambil memberitahu orang beriman itu bersaudara.

"Pemerintah, ulama dan rakyat berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menyatukan umat Islam atas akidah yang benar dan jangan berpecah belah," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved