Sabtu, 13 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Wujudkan kerangka untuk daftar pemilih secara automatik

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Wujudkan kerangka untuk daftar pemilih secara automatik

KAJANG - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.

Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.

"Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namun satu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.

"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka boleh berbuat demikian," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini hari ini.

Saifuddin turut mencadangkan agar undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rejimen 501 Askar Wataniah cadang tubuh kompeni kaum Cina

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rejimen 501 Askar Wataniah cadang tubuh kompeni kaum Cina

SIBU - Rejimen 501 Askar Wataniah yang berpangakalan di Kem Sri Rajang di sini bercadang menubuhkan satu kompeni kaum Cina dianggotai kira-kira 120 pegawai dan lain-lain pangkat.

Timbalan komandernya Lt Kol Azman Mohd Yassin hari ini berkata cadangan itu bersesuaian dengan kedudukan Sibu yang mempunyai ramai penduduk Cina.

"Kami ada tiga batalion di negeri ini dalam rejimen yang terdiri daripada kira-kira 1,600 pegawai dan anggota lain-lain pangkat, kebanyakannya bumiputera.

"Ramai orang Cina di Melaka dan Pulau Pinang menyertai Askar Wataniah dan oleh itu, kami ingin melihat keadaan yang sama berlaku di sini," katanya kepada pemberita di sini.

Azman berkata sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, Sarawak akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai satu kompeni Askar Wataniah yang semua anggotanya terdiri daripada kaum Cina. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved