Sabtu, 20 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pelbagai senjata dirampas

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pelbagai senjata dirampas

KANGAR - Polis rampas pelbagai jenis senjata api, peluru dan senjata tajam di Taman Perlis, semalam selepas menahan dua lelaki bersaudara di sebuah premis di taman perumahan itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, kedua-dua lelaki itu masing-masing berumur 35 dan 45 tahun ditahan, kira-kira 12 te-ngah hari, kelmarin, setelah polis melakukan risikan.

Selepas tangkapan terbabit, polis menemui dua pucuk pistol Revolver .38 Special 2, sepucuk pistol automatik Barreta, sepucuk pistol automatik Glock dan selaras senapang patah.

Polis turut merampas, lebih 2,700 peluru pelbagai kaliber dan jenama, lebih 400 katrij senapang patah dan sejumlah kelopak peluru.

Turut ditemui pedang samurai dan dua pisau rambo, sejumlah bahan letupan dan dua kereta jenis Mercedez Benz dan Hyundai.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berumur 45 tahun itu, pernah mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu mengikut Seksyen 386 dan 379 Kanun Keseksaan, mengugut dan mencuri manakala adiknya tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

"Kami sedang menyiasat daripada pelbagai sudut me-ngenai penemuan senjata dan peluru itu," katanya.

Beliau percaya kemungkinan kesemua senjata api itu, dibawa masuk dari negara jiran dan tujuannya masih belum dipastikan.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut empat seksyen termasuk Seksyen 7, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman bunuh atau penjara seumur hidup dan dihukum sebat tidak kurang daripada enam sebatan.:

Selain itu, ia juga akan disiasat mengikut Seksyen 8a, Akta Senjata Api 1960, Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada aduan babitkan perkauman

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tiada aduan babitkan perkauman

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, tiada sebarang aduan diterima daripada pegawai atasan mengenai isu perkauman terhadap tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang, 11 September lalu.

Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Majer Ranjit Singh, 49, berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dakwaan itu, daripada mana-mana pihak ketika mengadakan lawatan di lokap tersebut pada jam 3.15 petang.

"Walaupun tahanan di lokap lebih ramai tahanan Melayu, tetapi saya tidak nampak wujud isu berkenaan pada hari tersebut," katanya.

Ranjit berkata, beliau dimaklumkan bekas Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Dadah, IPD, Gombak M Mariapan, bahawa dua tahanan dituduh terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya iaitu T Thilaiyalagan dan R Matan perlu dipindahkan ke lokap Kuang dan Kundang atas alasan keselamatan.

"Saya hanya dimaklumkan mengenai perkara itu sahaja," katanya ketika memberi keterangan dalam bicara dalam bicara bagi menentukan keadaan mental dua pekerja ladang, Thilaiyalagan dan Matan sama ada tertekan atau tidak ketika siasatan dijalankan, pada 11 hingga 14 September tahun lalu.

Ditanya peguam Gubarchan Singh, adakah Ranjit ada menerima aduan daripada tahanan berbangsa Melayu mengenai perkara itu, beliau menjawab, tiada.

Ranjit berkata ketika kedua-dua mereka dibawa ke lokap, mereka dalam keadaan sihat dan tidak mengadu apa-apa berkenaan layanan.

Sementara itu, Penyelia lokap IPD Selyang, Koperal S Yoganathan ketika memberi keterangan memberitahu beliau ada membuat pemeriksaan fizikal terhadap Thilaiyalagan dan Matan pada 11 September 2010 dan mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mereka.

Turut memberi ketera-ngan semalam, penyelia lokap, Koperal Amer Abdullah, 51, Koperal Mohd Rizalzain Ishak dan Koperal Azhar Yaacob.

Perbicaraan hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Isnin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved