Isnin, 8 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Maxis tawar perkhidmatan mZakat sempena Ramadan

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maxis tawar perkhidmatan mZakat sempena Ramadan

Pelanggan Muslim Maxis di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu kini boleh menikmati kemudahan membayar Zakat Fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Perkhidmatan mZakat Maxis terbuka kepada pelanggan prabayar dan juga pasca bayar. Jumlah pembayaran Zakat Fitrah akan dicaj kepada bil telefon pelanggan pasca bayar atau ditolak daripada baki prabayar pelanggan.

Perkhidmatan mZakat amat mudah digunakan dengan hanya menaip "FITRAH (nama negeri)" dan hantar SMS kepada 22032. Pelanggan juga perlu memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan bilangan orang yang Zakat Fitrahnya ingin dibayarkan.

Kesemua SMS dihantar mahupun diterima oleh pelanggan Maxis untuk perkhidmatan mZakat ini adalah percuma dan tidak dikenakan caj. Manakala perkhidmatan pencetakan resit secara dalam talian boleh didapati dari portal Maxis, agar pelanggan boleh mencetak resit untuk melakukan tuntutan rebat cukai.

Hotlink Ramadan Hot Tickets juga boleh didapati dalam RM15, RM10 dan RM5. Ramadan Hot Tickets bernilai RM15 menawarkan 50 minit masa berbual merentasi kesemua rangkaian pada bila-bila masa berserta 150 SMS sah selama tujuh hari serta mendapat dua ketul ayam goreng KFC dengan dua keping Ramadan Hot Tickets bernilai RM15.

Pelanggan Maxis boleh mengakses laman WAP mikro Ramadan di portal WAP Maxis untuk melanggan atau memuat turun kandungan ke dalam peranti mudah alih. Laman ini menawarkan pelbagai kandungan mudah alih seperti SMS ALERTS berbuka puasa, Fadilat Ramadan dan waktu menunaikan Solat.

Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mengakses laman WAP Ramadan ini dengan hanya menaip 'GET RA' dan menghantar kepada 26000. Satu pautan ke laman WAP Ramadan kemudian akan dihantar kepada telefon bimbit dan hanya perlu klik pada pautan bagi mengakses portal WAP Ramadan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Feez Food sasar jualan Aidilfitri

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

Feez Food sasar jualan Aidilfitri Menjadikan makanan ringan sebagai perniagaan, nama Feez Food Industries semakin dikenali pelanggan dan penggemar kerepek khususnya di daerah Kuala Langat.

Berkat usaha keras selama lebih tiga tahun, Feez Food Industries kini mempunyai pelanggan tetap bukan sahaja di daerah itu bahkan di Lembah Klang kerana kualiti produk yang dihasilkan serta harga yang ditawarkan.

Biarpun bersaing dengan kebanyakan pengusaha makanan ringan yang lain, namun Pegawai Operasi Feez Food Industries, Mahalil Shuriddin menyifatkannya sebagai persaingan sihat kerana masing-masing memberi pilihan yang terbaik kepada pelanggan.

Mahalil berkata, perniagaan yang bertempat di Kanchong Darat itu bermula dengan suntikan modal sendiri sebanyak RM230,000.

Menurutnya, tanda perdagangan Feez Food Industries diambil sempena nama abangnya, Hafez Shuriddin, 31, yang juga pemilik dan 'orang kuat' di sebalik perniagaan itu.

"Kami bermula secara kecil-kecilan di rumah di mana pada ketika itu segala proses penyediaan makanan, menggoreng dan membungkus kerepek dilakukan di sana.

"Berikutan sambutan semakin meningkat dari hari ke hari, kami mengambil keputusan membuka sebuah kilang dan kedai pameran pada Jun 2009 bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran," katanya semasa ditemui di kilangnya di Jalan Masjid, Kancong Darat.

Mahalil berkata, antara cabaran awal semasa memulakan perniagaan adalah memperkenalkan jenama Feez Food Industries kepada pelanggan.

"Pada awal perniagaan, kami hanya menerima purata jualan sekitar RM3,000 sebulan dan kini jualan sudah mencecah minimum RM15,000 sebulan," katanya.

Menurutnya, antara faktor peningkatan jualan produk adalah perancangan pemasaran yang efektif selain jalinan kerjasama yang kukuh di kalangan setiap kakitangan.

Menurut Mahalil, musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri adalah penyumbang terbesar kepada jualan setiap tahun.

"Musim perayaan pada 2009 iaitu semasa kami mula beroperasi, kami berjaya memperoleh jualan sebanyak RM25,000 sebulan.

"Berikutan sambutan baik yang diterima sejak awal beroperasi, tahun kedua bulan puasa pada 2010, perolehan jualan meningkat kepada RM100,000 sebulan," katanya yang dihubungi menerusi talian 013-3131871 atau e-mel feezkerepek@yahoo.com.

Mahalil berkata, melihat kepada peningkatan jualan semasa musim perayaan dua tahun lalu, beliau optimis meningkatkan jualan tiga kali ganda pada tahun ini dengan sasaran RM300,000 sebulan.

Disebabkan permintaan sentiasa bertambah pada musim perayaan, katanya, mereka memanjangkan masa operasi dan menambah pengeluaran kerepek berbanding hari biasa.

"Bagi mengimbangi permintaan untuk musim perayaan ini, kami menambah dua lagi mesin pemproses dengan pelaburan RM15,000 untuk setiap mesin.

"Selain itu, kami juga turut menambah tenaga kerja seramai 20 orang, khas untuk musim perayaan berbanding 10 orang pekerja pada hari biasa," katanya.

Selain kerepek, Feez Food Industries turut menjual pelbagai jenis biskut raya dan jeli kelapa dengan harga istimewa terutama sepanjang bulan Ramadan ini.

Mereka menggunakan khidmat pengedar, pemborong dan juga penghantaran ke kedai runcit bagi mempromosikan produk kepada pelanggan.

"Kami mempunyai tujuh pengedar tetap di sekitar Lembah Klang, dan negeri lain seperti di Johor dan Negeri Sembilan. Ada juga pelanggan yang membeli secara borong daripada kami," kata Mahalil.

Mahalil berkata, mereka menjual lebih 50 jenis produk pada tahun lalu dan dia menambah 80 jenis produk termasuk pelbagai jenis perasa kerepek pada tahun ini, bagi meningkatkan lagi cabang perniagaan dalam segmen makanan ringan.

Menurutnya, mereka turut mengadakan perbincangan dengan pembuat sata di Terengganu untuk mengedarkan produk itu di sekitar Lembah Klang.

"Kami berbincang untuk menjadi pengedar sata di Lembah Klang. Kami ingin membawa sata goreng yang dibalut dengan tepung popia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved