Isnin, 22 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Majlis Syura untuk cari penyelesaian isu pemeriksaan JAIS di Gereja

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Majlis Syura untuk cari penyelesaian isu pemeriksaan JAIS di Gereja

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Majlis Penasihat Syura ini akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Negeri Selangor, Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Timbalannya, Dato' Abd Majid Omar.

"Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh DYMM Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu. Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan," kata Menteri Besar.

"Saya juga telah berjumpa dengan Mufti Negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura," kata beliau lagi.

Majlis ini akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti. Sekiranya perlu, Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

"Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti," kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Dipetik daripada laman Selangorku

12 khemah bazar Ramadan Seri Iskandar musnah dilanda ribut

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

12 khemah bazar Ramadan Seri Iskandar musnah dilanda ribut

PARIT - Sebanyak 12 khemah yang menempatkan peniaga Pasar Ramadan berhampiran Pejabat Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar dekat sini musnah dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang ketika bazar tersebut sesak dengan orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

Peorang peniaga, A. Halim Ngah Ismail, 36, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.

Katanya angin kencang melanda mengakibatkan khemah peniaga diterbangkan hampir 10 meter dan keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius atau kehilangan nyawa di kalangan peniaga atau pelanggan," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata, pihak Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) akan mengambil tindakan segera membantu peniaga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Jika semuanya berjalan lancar, semua peniaga akan dapat berniaga seperti biasa di situ esok bagi membolehkan mereka mencari rezeki ketika membuat persiapan menyambut kedatangan Hari Raya minggu depan, katanya.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved