Selasa, 16 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Anwar bela diri Isnin

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Anwar bela diri Isnin KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan membela diri pada Isnin ini dalam kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari tersebut ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tanpa mengambil kira sama ada semua saksi selesai ditemu bual atau sebaliknya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memaklumkan, tarikh berkenaan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Dalam prosiding semalam, peguam Anwar, Sankara Nair memaklumkan, pasukan pembelaan telah selesai menemubual 19 saksi yang berpotensi untuk dipanggil membantu pembelaan manakala enam lagi saksi bakal diuruskan untuk ditemu bual.

Selepas sambung bicara peringkat bela diri itu tertangguh beberapa kali sejak keputusan mahkamah pada 16 Mei lalu, akhirnya hasrat untuk melihat Anwar memberi keterangan sekaligus untuk mendengar persepsi pembelaan secara bersumpah mungkin tercapai.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk beliau memberi keterangan tetapi tertangguh berikutan Anwar memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin yang mendengar kes tersebut menarik diri.

Anwar gagal dalam permohonan itu lalu mahkamah ketika prosiding 13 Julai 2011 menetapkan pula tarikh 8 hingga 26 Ogos 2011 untuknya memberi keterangan.

Bagaimanapun pada 8 Ogos lalu, hasrat melihat Anwar membela diri tetap tidak kesampaian kerana terpaksa ditunda berikutan permohonan beliau untuk menemu bual seramai 25 saksi daripada 71 yang ditawarkan pendakwaan.

Setakat Jumaat lalu dan seperti yang dimaklumkan, seramai 19 saksi berjaya ditemu bual manakala enam lagi belum selesai.

Saksi yang belum ditemu bual ialah bekas ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dua bekas pembantu rumah Indonesia kepada pemilik unit kondominium (Hasanuddin Abdul Hamid) iaitu Suliati dan Fitria Dipan, seorang jururawat Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Sebelum ini pendakwaan mengesahkan bahawa dua pembantu rumah tersebut telah pulang ke Indonesia dan akan dikesan.

Daripada senarai saksi yang dikehendaki pembelaan untuk ditemu bual termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir di mahkamah Jumaat lalu, tetapi kedua-duanya enggan ditemu bual serta menolak untuk jadi saksi kepada Anwar.

Difahamkan pasukan pembelaan juga menemubual ibu kepada bekas tunang Mohd Saiful iaitu Sharehah Md Salim.

Biarpun masih terdapat saksi yang belum ditemu bual oleh pasukan pembelaan, mahkamah menetapkan Anwar mula memberi keterangan Isnin ini.

"Walau apa pun keputusan temu bual itu, kamu (Anwar) kena mula membela diri pada Isnin ini (22 Ogos 2011)," kata Hakim Mohamad Zabidin.

Keterangan membela diri sememangnya dinantikan untuk Anwar, 64, menafikan tuduhan Mohd Saiful, 26, perihal dia diliwat oleh pemimpin pembangkang itu di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isu penagihan gam perlu ditangani

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Isu penagihan gam perlu ditangani KUANTAN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan memperkenalkan akta khas yang lebih spesifik terhadap aktiviti penagihan gam supaya kegiatan itu dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, undang-undang khusus itu amat penting dan perlu diwujudkan secepat mungkin memandangkan gejala penagihan gam makin serius terutama di kalangan remaja seluruh negara.

Menurutnya, tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadap penagih gam kerana tiada akta yang boleh menyabitkan mereka atas mana-mana kesalahan setakat ini.

"Bahan itu juga mudah didapati dengan harga serendah RM4 dan tiada sebarang sekatan terhadap penjualan dan pembeliannya.

"Gejala ini sudah menjadi isu serius terutama melibatkan remaja belasan tahun," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat MCPF bersama Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.

Lam Thye berkata, kegiatan itu bukan sahaja boleh mendorong penagihnya terlibat jenayah malah bahan itu boleh jejaskan kesihatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved