Isnin, 1 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Isu Wahabi boleh jejas kuota haji

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Isu Wahabi boleh jejas kuota haji SHAH ALAM – Isu Wahabi yang dikaitkan dengan elemen pengganas termasuk dakwaan kononnya penyebaran fahaman itu di negara ini didalangi Arab Saudi perlu diselesaikan segera kerana dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan baik antara negara termasuk pemberian kuota jemaah haji Malaysia.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu tertentu yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan berkenaan sehingga mengaitkan negara lain dengan isu keganasan sudah keterlaluan.

Sebagai inisiatif menangani isu itu, Juanda berkata, pihaknya sudah mengu-tus surat rasmi mengajak pihak berkenaan berdialog secara terbuka dan sedang menunggu reaksi mereka.

"Kita akan panggil semua pihak yang dituduh dalam dialog ini, supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Terbuka atau tertutup terpulang, yang penting ia dapat di selesaikan segera," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Juanda berkata, beliau berasa amat kecewa kerana individu terbabit sebaliknya telah menuduh beliau dan beberapa yang lain dengan fahaman radikal tanpa sebarang bukti yang jelas selain tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Malaysia adalah sebuah negara yang bertamadun, tetapi kita kecewa kerana ada juga yang bersikap tidak bertamadun kerana sudah menghukum tanpa memberi peluang membela diri. Orang yang menuduh pula dibiar begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, seorang ahli ulama muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya pula menegaskan, beliau bersedia berdialog dengan individu yang mengaitkannya dengan fahaman Wahabi yang dikatakan berunsur radikal dan keganasan.

Menurutnya, isu ini perlu diselesaikan secara ilmiah.

"Puncanya hanya membabitkan perbezaan pendapat tetapi saya dan rakan-rakan berasa terkilan kerana pihak berkenaan menggunakan agensi kerajaan untuk menyerang kami. Bagi saya, dalam isu ini, kerajaan (Majlis Keselamatan Negara) tidak bersalah tetapi individu itu yang menggunakan MKN untuk cantas orang lain yang tidak sependapat dengannya.

"Saya bersedia beri kerjasama sepenuhnya dan memberikan maklumat jika ada siasatan yang dibuat, saya tiada masalah," katanya yang juga anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin.

Fathul Bahri berkata, beliau juga hairan bagaimana individu tersebut boleh mengaitkan Wahabi dengan aktiviti pengganas sewenang-wenangnya malah namanya dan beberapa negara turut disebut.

"Sebagai contoh Al-Maunah yang heboh pada 2000 lalu, ia bermula dari tarekat tetapi menjadi militan kerana mahu menjatuhkan kerajaan secara keganasan. Mereka bukan Wahabi, jadi tidak boleh kaitkan," katanya.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak pernah menganggap negara di rantau Asia Barat termasuk Arab Saudi sebagai negara yang mempelopori keganasan dan ajaran sesat.

Sebaliknya, Jamil Khir berkata, kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara di rantau itu kerana tiada bukti boleh mengaitkan mana-mana negara dengan aktiviti keganasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Agih bantuan sambut Ramadan

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Agih bantuan sambut Ramadan TEMERLOH – Yayasan Nur Karangkraf Malaysia memperuntukkan sumbangan barangan keperluan bernilai RM20,000 untuk diagihkan kepada 100 penerima di empat daerah di Pahang sebagai persiapan menghadapi Ramadan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sumbangan itu untuk golongan memerlukan seperti ibu tunggal dan golongan daif.

Menurutnya, empat daerah yang menerima sumbangan ialah Temerloh, Maran, Bera, Jerantut serta penerima di Felda Gugusan Jengka.

"Saya mewakili semua penerima mengucapkan terima kasih kepada yayasan itu dan Kumpulan Media Karangkraf yang memilih Temerloh sebagai tuan rumah bagi penyampaian sumbangan ini," katanya kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 100 penerima di Dewan Taman Seri Kerinau, Paya Pulai, di sini.

Majlis itu anjuran yayasan dengan kerjasama Sinar Harian Pahang, Bumi Terus Maju dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Temerloh. Turut hadir Timbalan Presiden yayasan, Sharah Ibrahim.

Saifuddin berkata, usaha yang dilakukan yayasan yang memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan sepatutnya dicontohi syarikat korporat lain sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan diharap dapat memberi makna besar kepada golongan penerima terutama dalam suasana menyambut kedatangan Ramadan.

Sharah Ibrahim berkata, yayasan itu diasaskan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub yang juga Presiden yayasan itu.

Ia ditubuhkan untuk membantu meri-ngankan beban yang ditanggung golongan seperti ibu tunggal, kanak-kanak yatim piatu, mangsa dera, orang kurang upaya, warga tua dan golongan daif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved