Khamis, 11 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tiga sahabat dijatuhi hukuman kerana membunuh

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tiga sahabat dijatuhi hukuman kerana membunuh

GEORGE TOWN - Tiga sahabat hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas Visva Nathan Vadeveloo, 27, Shivasunderam Rajan, 24, kedua-dua kontrak, dan Thangaraj Manirajee,23, pekerja kilang.

Mereka dituduh membunuh Faiel Mat, 38, dengan menggunakan topi keledar di sebelah Pusat Komputer HCK Dot Com, Jalan Kenari, Sungai Ara, Bayan Lepas, antara 3.50 pagi dan 5.40 pagi 3 Okt 2008.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata beliau berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Katanya walaupun ketiga-tiga tertuduh memberikan yang keterangan serupa secara bersumpah, mereka gagal memberi penjelasan munasabah yang boleh menimbulkan keraguan.

"Keterangan masing-masing hanya menyatakan 'saya tidak ada sebarang niat', 'saya tiada rancangan dengan kawan-kawan', 'semua berlaku tiba-tiba', 'saya tidak pukul kepala si mati', 'saya hanya pukul kaki dan tangan si mati', 'pada masa itu saya tidak waras dan tidak sedar kerana banyak meminum arak'.

"Mahkamah mendapati ini adalah pembelaan berbentuk rekaan dan penafian semata-mata untuk menyatakan mereka tidak ada pengetahuan bahawa si mati akan meninggal dunia daripada tindakan mereka," kata Zamani.

Beliau berkata mahkamah telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah menilai dan meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng manakala peguam R.S.N. Rayer mewakili Visva dan Shivasunderam manakala peguam Harpal Singh mewakili Thangaraj. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lakukan pengauditan bahasa di kalangan penjawat awam

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lakukan pengauditan bahasa di kalangan penjawat awam

KUALA LUMPUR – Pihak berwajib digesa melakukan pengauditan bahasa untuk memastikan mutu penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan jabatan kerajaan dan penjawat awam mencapai piawaian yang disasarkan.

Pakar bahasa tanah air, Profesor Dr Awang Sariyan berkata, sebagai permulaan, proses itu boleh dimulakan di peringkat pentadbiran dan pendidikan sebelum diperluas ke sektor lain.

Beliau berkata, kecekapan pentadbiran negara bergantung kepada kualiti berbahasa penjawat serta jabatan di bawahnya, justeru, mutu bahasa mereka perlu dinilai dan diaudit.

"Adakan satu sistem atau modus operandi yang sesuai terhadap cara untuk menilai bahasa.

"Dengan adanya pengauditan ini, lama-kelamaan akan terbudaya dalam diri rakyat Malaysia mengenai kepentingan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul," katanya ketika ditemu bual menerusi Program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24 hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved