Selasa, 23 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Maxis Cloud paling canggih di Malaysia

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maxis Cloud paling canggih di Malaysia

Akses mudah kepada Maxis Cloud, dan penyelesaian perisian yang lebih baik, untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel

Maxis Berhad telah melancarkan Maxis Cloud, yang merupakan perkhidmatan awan yang paling canggih, masa nyata dan diuruskan sepenuhnya,  dimana para pelanggannya dapat mengakses melalui rangkaian tulang belakang optic 100 gigabit setiap saat (100G) dan rangkaian HSBB Telekom Malaysia.

Maxis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama seperti MDeC,bagi mempromosikan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan oleh Penjual Perisian Bebas (ISVs). Ini dapat membangunkan rangka kerja dan standard bagi pembangunan keseluruhan untuk industri awan Malaysia sebagai platform untuk amalan ICT yang bertaraf dunia.

Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, "Pelancaran Maxis Cloud pada hari ini direka untuk membolehkan penyelesaian IT yang lebih baik dan memberi sokongan kepada pertumbuhan keperluan perniagaan di Malaysia. Kerjasama yang melibatkan Hewlett Packard juga  akan terus mempercepatkan penggunaan teknologi awan oleh penjual perisian dan perniagaan, dan membuka jalan untuk pelbagai penyelesaian awan bergred perniagaan disediakan kepada perniagaan di Malaysia.

Menurut Ramaswami Venkatesan, Pengurus Besar Negara, Perkhidmatan Teknologi, Hewlett Packard "Pengintegrasian komponen terkini, teknologi dan perkhidmatan Maxis Cloud, dari asas kukuh penyelesaian teknologi melalui rangkaian canggih, membolehkan penawaran terkini IaaS sebagai perkhidmatan awan yang paling canggih, selamat dan mesra untuk pengguna di Malaysia.

Maxis Cloud boleh diakses melalui penyelesaian hubungan perniagaan termasuklah Perniagaan Internet Fiber Maxis yang baru, yang menyediakan perusahaan dengan kelajuan muat turun sehingga 32MB.

Ia juga terdapat dalam pakej pilihan yang mempunyai kelajuan 4Mbps, 8Mbps dan 16Mbps. Maxis dapat menangani keperluan jalur lebar yang semakin meningkat dan penggunaan data yang didorong oleh telefon pintar, tablet, modem dan perkhidmatan fiber-ke-premis, sementara menyediakan sambungan berkelajuan tinggi dan keupayaan pemulihan automatik kepada perusahaan untuk pusat data dan perkhidmatan seperti perkomputeran awan dan komunikasi mesin ke mesin (M2M).

Tambahan pula, melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, Maxis dapat menawarkan perkhidmatan dalam semua kawasan liputan HSBB di seluruh Malaysia.

KDN akan saman Ketua Wanita PKR

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

KDN akan saman Ketua Wanita PKR

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pagi ini.

"Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan.

"Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan negara," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Minggu lepas, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca 'skrip bersumpah' dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Pada skrip itu, tertulis teks "Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN".

Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Lee berkata sebelum ini, pihaknya sudah berulang kali meminta Zuraida mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu namun sehingga kini, tiada.

"Sebab itu, Jabatan Imigresen membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Zuraida," katanya.

Lee berkata, dakwaan yang dibuat oleh Zuraida adalah tuduhan berat kepada kerajaan kerana Program 6P hanya bertanggungjawab mengambil data biometrik untuk rasional keselamatan negara dan setiap PATI didaftarkan tanpa sebarang syarat.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved