Rabu, 10 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ibu campak, sepak anak ke dinding

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ibu campak, sepak anak ke dinding KAJANG – Gara –gara gagal mengawal kemarahan berpunca dari perselisihan faham dengan suami, ibu muda berusia 23 tahun, tergamak mencampakkan anak lelakinya, berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahannya.

Ibu berkenaan yang juga suri rumah, bertindak menendang kaki dan anggota badan anaknya hingga menyebabkan kesan lebam dan bengkak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab, berkata, kejadian hanya disedari apabila wanita berkenaan membawa kanak-kanak itu ke hospital Kajang disebabkan ia kerap menangis.

"Pada mulanya, wanita berkenaan tidak memaklumkan kejadian sebenar sebelum doktor membuat pemeriksaan sehingga kelihatan kesan leban dan cedera teruk di bahagian kaki mangsa.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Sindiket curi pondok telefon awam tumpas

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sindiket curi pondok telefon awam tumpas SHAH ALAM – Polis menumpaskan sindiket curi pondok telefon awam, dengan penahanan lima lelaki tempatan, berusia antara 20 dan 40 tahun, di sebuah kedai barang lusuh berlesen di Bandar Baru Bukit Beruntung, Rawang, 26 Julai lalu, kira-kira jam 6.05 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 14 pondok telefon awam, 112 peti telefon, 14 pondok depan telefon awam, 50 ganggang telefon dan lori serta kereta Proton Satria.

"Nilai rampasan dianggarkan RM960,000 dan sindiket itu, sudah lebih 16 kali berulang alik mengangkut pondok telefon berkenaan," katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah.

Tun Hisan berkata, sindiket itu beroperasi dengan mengambil duit syiling daripada pondok telefon terbabit, sebelum mengangkut pondok telefon dengan menggunakan lori dan meleraikan komponen sebelum disimpan di kedai barangan lusuh untuk dijual.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.


Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved