Khamis, 4 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pos Malaysia-Indonesia keluar koleksi setem

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pos Malaysia-Indonesia keluar koleksi setem

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan bekerjasama dengan Pos Indonesia, mengeluarkan koleksi setem isu khas bersama dan sampul surat hari pertama dalam usaha meningkatkan kesedaran dan persefahaman tentang keunikan kedua-dua negara berjiran.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata, setem dan sampul surat pertama, termasuk produk-produk lain seperti folder setem, boleh mendapatkannya di semua pejabat Pos Malaysia bermula 8 Ogos ini.

Kedua-dua negara menyediakan empat rekaan iaitu tugu peringatan, mata wang pertama, setem pertama yang dikeluarkan selepas kemerdekaan serta burung-burung yang unik bagi kedua-dua negara.

"Pos Malaysia telah mencetak 1.2 juta setem untuk dijual pada harga 90 sen setiap satu, 30,000 sampul surat hari pertama pada harga 50 sen setiap satu dan 1,100 folder pula dijual pada harga RM5.50," kata Yasmin pada prebiu khas media tentang setem itu di sini hari ini.

Pos Malaysia juga akan menjual edisi khas sampul surat pertama, mengandungi satu sampul surat dan empat setem berlainan. Set itu hanya boleh didapati pada 8 Ogos dan berharga RM20.40 setiap set.

Yasmin menasihatkan pengumpul setem agar membuka Akaun Pesanan Tetap (Soda) untuk menikmati kemudahan menerima setem dan produk filateli lain tanpa perlu beratur panjang di pejabat pos.

Di samping itu, pelanggan kini boleh menikmati kemudahan Filateli Online di www.posonline.com.my untuk membuka akaun Soda, menambah wang dan menyemak baki akaun serta mengemas kini butiran peribadi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembekalan air di Perlis terjejas 20 peratus berikutan banjir kilat

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pembekalan air di Perlis terjejas 20 peratus berikutan banjir kilat

KANGAR - Pembekalan air bersih ke seluruh Perlis terjejas sebanyak 20 peratus sejak Selasa lalu berikutan banjir kilat yang menenggelami Rumah Pam Air Sungai Pahat, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.

Beliau yang melawat rumah pam itu hari ini berkata, kerja-kerja membaiki kerosakan pam, motor dan kotak suis sedang giat dijalankan kerana banjir telah surut dan ia dijangka siap sepenuhnya 8 Ogos ini.

Hujan lebat yang berlaku di kawasan Sungai Batu Pahat pada awal pagi Selasa menyebabkan banjir kilat sehingga menenggelamkan enam unit pam di rumah pam itu selain beberapa buah kampung di kawasan Bintong yang turut dilanda banjir.

Md Isa berkata kejadian yang tidak diduga itu menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat dipam ke kolam takungan Anak Chelong di Batu Pahat dan kolam takungan di Utan Aji kerana kesemua pam tidak berfungsi.

"Kira-kira 20 peratus atau 35 juta liter daripada keseluruhan pengeluaran harian air bersih di Perlis terjejas," katanya selepas mendengar taklimat Ketua Penolong Pengarah Bekalan Air Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Abdul Hamid Sahid.

Menurutnya kawasan yang terputus bekalan air termasuk keseluruhan kawasan Kuala Perlis, kawasan Bintong dan sebahagian bandar Kangar dan langkah kecemasan telah diambil termasuk menyambungkan bekalan air di kolam takungan Utan Aji ke kawasan Kuala Perlis.

Selain itu, bekalan air bersih juga dibekalkan menggunakan perkhidmatan 20 buah lori yang disewa yang beroperasi antara pukul 7 pagi dan 10 malam setiap hari dan bekalan air bersih juga dihantar menggunakan lori setiap hari di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi keperluan operasi hospital itu.

Sambil berharap para penduduk yang terjejas dengan gangguan itu bersabar, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin demi kepentingan penduduk.

Sebagai contoh, beliau berkata, bekalan air di kawasan Kuala Perlis dijangka dapat dibekalkan semula lewat hari ini manakala kawasan-kawasan lain akan dibekalkan secara berperingkat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved