Rabu, 3 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rangka manusia putus kepala ditemui

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rangka manusia putus kepala ditemui JUNJUNG- Seorang pekerja ladang terkejut apabila menemui rangka manusia dengan kepala tergantung pada pokok manakala badannya di atas tanah di ladang kelapa sawit berhampiran Taman Melur Indah, di sini, semalam.

Nandakumaran Jeyaraman 31, yang sedang bekerja di ladang itu terhidu bau busuk berdekatan kawasan tempat dia bekerja kira-kira jam 12.30 tengahari dan menemui mayat reput dalam keadaan mengerikan.

"Saya terhidu bau busuk dan mencari di mana datang bau itu, kemudian saya ternampak rangka manusia di atas tanah manakala tengkoraknya masih tergantung di pokok" katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Ghuzlan Salehx berkata, mangsa dipercayai membunuh diri kerana terdapat tali nylon berwarna biru di leher mangsa.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang penagih dadah dan masih dalam rawatan.

"Kepala mangsa terputus dan beberapa bahagian badan didapati terpisah dipercayai dilakukan binatang liar.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada kesan perlakuan jenayah," katanya ketika ditemui.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mangsa boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mengaku bersalah tertembak adik

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mengaku bersalah tertembak adik MARAN - Seorang remaja Orang Asli mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Maran di sini terhadap dua pertuduhan iaitu membunuh tanpa niat dan memiliki senjata api buatan sendiri.

Bagi pertuduhan pertama, remaja berusia 15 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Majistret, Noor Zaihan Mohamad Ali apabila tertembak adik kandung sendiri berusia 10 tahun.

Mengikut pertuduhan, mangsa dipercayai terkena tembakan secara tidak sengaja semasa suspek membersihkan senjata yang digunakan selepas memburu babi hutan.

Senjata itu dipercayai meletup sendiri sebelum terkena di bahagian tangan dan perut mangsa sehingga menyebabkan maut di tempat kejadian selepas mangsa mengalami kecederaan parah.

Kejadian itu berlaku di rumah tidak bernombor di Kampung Bagas, Kuala Sentul pada 26 Julai lepas di antara pukul 7 petang sehingga 8.15 malam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan membunuh tanpa niat dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, suspek didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata (Akta 206) kerana memiliki dua laras senapang buatan sendiri pada tarikh dan tempat yang sama.

Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman setahun penjara, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun Majistret, Noor Zaihan menetapkan 6 September depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.

Suspek diikat jamin RM3,000 bagi kedua-dua kesalahan itu dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved