Isnin, 1 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Presiden IPF kecewa dengan kenyataan Palanivel

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Presiden IPF kecewa dengan kenyataan Palanivel

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) M. Sambanthan hari ini melahirkan perasaan kecewa dengan kenyataan Presiden MIC Datuk G. Palanivel menolak penyertaan parti-parti politik berasaskan kaum India lain sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, tindakan itu turut mengecewakan seluruh masyarakat India yang beranggapan kenyataan Palanivel itu akan menambah kepincangan dan memecahbelahkan hubungan antara MIC dan parti politik kaum India yang lain.

Bercakap kepada Bernama di sini, Sambanthan berkata, bukan hanya MIC yang memperjuangkan masyarakat India kerana ia turut dilakukan parti lain seperti Parti Makkal Sakti Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.

"MIC diibaratkan seperti 'abang' dan IPF atau parti-parti politik yang lain seperti 'adik'... oleh itu sebagai abang, Palanivel harus menerima IPF atau parti politik India yang lain.

"Tetapi beliau (Palanivel) telah mengugut bahawa MIC akan bertindak keluar BN sekiranya BN menerima kemasukan parti berasaskan kaum India yang lain," kata Sambanthan.

Semalam, selepas selesai perhimpunan agung tahun MIC, Palanivel dipetik sebagai berkata MIC merupakan satu-satunya parti mewakili masyarakat India dan beliau tidak akan menyokong mana-mana parti politik mewakili kaum India lain untuk menyertai BN.

"Jika Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuat keputusan esok untuk menerima parti IPF sebagai parti komponen BN, bolehkah saya mencabar dia (Palanivel) untuk keluar daripada MIC?" soal Sambanthan.

Ditanya sama ada IPF akan terus berusaha untuk menyertai BN, beliau berkata:"Kita memohon pucuk pimpinan BN iaitu Perdana Menteri untuk mengambil keputusan positif dan mempertimbangkan perjuangan kami (IPF) sejak 20 tahun lalu.

"Susah senang kita bersama BN. Meskipun ada parti pembangkang memberi peluang kepada IPF dengan pelbagai janji untuk menyokong IPF, tetapi kita masih setia dengan BN," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malaysia hilang satu pingat emas sebelum ke Shenzhen

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Malaysia hilang satu pingat emas sebelum ke Shenzhen

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal kehilangan satu pingat emas daripada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di China selepas jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang mungkin tidak beraksi pada temasya itu yang akan berlangsung dari 12 hingga 24 Ogos nanti.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), difahamkan bahawa Azizulhasni tidak akan mengambil bahagian pada temasya dwitahunan itu.

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, John Beasly tidak membenarkan anak didiknya mengikuti temasya tersebut kerana bimbang akan menjejaskan tumpuan Azizulhasni ke Sukan Olimpik London 2012.

Pengurus skuad berbasikal negara ke Universiade 2011, Zufri Yazid berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum mengugurkan nama Azizulhasni dalam senarai skuad berbasikal kerana masih menunggu jawapan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Insitut Sukan Negara (ISN).

"Nama Azizulhasni masih belum digugurkan kerana kita masih mengharapkan bahawa beliau akan dapat bersama kita.

"Sekiranya beliau tidak dapat mengikuti, kita hanya membuat penarikan diri sebelum kejohanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata bagimanapun skuadnya tetap optimis meletakan sasaran satu pingat tanpa mengira warna terhadap skuad pimpinanya.

"Saya yakin bahawa salah seorang daripada tiga pelumba iaitu Mohammad Akmal Amrun, Muhammad Rauf Nur Misbah dan Kimbeley Yap Fui Li mampu membawa balik sekurang-kurangnya satu pingat tanpa mengira warna dari Shenzhen," katanya.

Zufri berkata ketiga-tiga atlet tersebut kini menjalani latihan persiapan menghadapi Sukan SEA, Indonesia 2011 di Chiang Mai, Thailand sebelum berangkat ke Shenzhen pada 10 Ogos nanti.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 13 jenis sukan di Universiade iaitu renang, terjun, badminton, catur, berbasikal, bola sepak, gimnastik, golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan taekwondo.

Antara atlet elit yang akan mengambil bahagian pada temasya kali ini ialah Pandelela Renong dan Leong Mun Yee (terjun), Bryan Nickson Lomas (terjun), Khoo Cai Lin (renang), Zulfadli Zulkifli (badminton) serta Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz dan Chen Chu Sian (memanah).- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved