Isnin, 1 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Waspada sindiket penipuan

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Waspada sindiket penipuan IPOH – Orang ramai diminta berwaspada dengan satu sindiket penipuan antarabangsa yang giat menjalankan kegiatan haram mereka menerusi penggunaan akaun bank milik seseorang individu.

Difahamkan, ahli sindiket yang menyamar (biasanya sebagai ahli perniagaan), begitu bijak menjalankan kegiatan mereka dengan meminta kebenaran daripada individu berkenaan berhubung penggunaan akaun peribadi mereka bagi tujuan memasukkan sejumlah wang daripada pihak ketiga yang berada di luar negara.

Seorang mangsa sindiket berkenaan, Aaron Raj, 32, berkata, ahli sindiket berkenaan bijak memperdayakan orang ramai menerusi kaedah berkenaan hingga mengakibatkan mangsa akan memberi kebenaran untuk menggunakan akaun peribadi tujuan berkenaan.

Menurutnya, setelah transaksi wang berkenaan berjaya dibuat dan wang tersebut telah pun diserahkan kepada ahli sindiket yang menyamar, individu berkenaan akan dihubungi pihak ketiga yang meminta agar sejumlah wang berkenaan dikembalikan dengan alasan transaksi berkenaan telah digodam pihak tertentu.

"Saya telah membenarkan kenalan saya yang dikenali dengan mana Patrick Wong menggunakan akaun syarikat milik saya kerana mendakwa ada pihak yang mahu memasukkan sejumlah wang kepadanya.

"Setelah urusan transaksi berkenaan yang berjumlah USD 118202.50 (RM350,432.75) berjaya dibuat, pihak bank telah menelefon saya untuk memulangkan semula wang berkenaan yang didakwa telah tersalah masuk ke akaun saya," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Aduan Barisan Nasional (BN) Ipoh Barat semalam.

Aaron berkata, dia juga telah dihubungi beberapa pihak (dipercayai dari luar negara) yang mendakwa sebagai pemilik wang berkenaan serta mendakwa wang berkenaan telah dihantar setelah akaun mereka digodam.

"Mereka juga turut menelefon serta mengugut saya tetapi apabila saya mencabar mereka untuk bersemuka mereka enggan," katanya.

Hadir sama, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Ravi Abdullah.

Sehubungan itu, Aaron turut membuat laporan polis dan berharap agar pihak polis dapat bertindak segera mengesan Patrick Wong.

Katanya, dia hanya memiliki satu nombor telefon Patrick, sebelum lelaki berkenaan menghilangkan diri sehingga ke hari ini.

"Saya difahamkan pihak bank masih belum membuat laporan polis berhubung perkara ini dan sebaliknya meminta saya membayar semula jumlah wang berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved