Ahad, 14 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Maut akibat tergesel

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maut akibat tergesel PASIR PUTEH - Akibat kecuaian, seorang remaja lelaki maut di Kilometer Enam, Jalan Gaal ke Kampung Bukit di sini kira-kira jam 7 petang kelmarin, ketika umat Islam lain sedang menanti waktu untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, mengikut saksi kejadian, mangsa, Mohd Amirul Hafiz Abdullah,17, berasal dari Kampung Dedap, Gaal itu dipercayai sedang merempit bersama dua lagi rakannya yang berumur juga 17 tahun dan 20 tahun.

"Semasa kejadian, mereka bertiga menunggang motosikal masing-masing dan tiba-tiba sebuah motosikal muncul dari arah bertentangan mereka sehingga menyebabkan Mohd Amirul Hafiz terkejut lalu motosikalnya tergesel dengan motosikal dua lagi rakannya yang lain.

"Ini menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala sehingga meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, salah seorang daripada rakan mangsa mengalami patah kaki manakala seorang lagi cedera ringan di bahagian badan mereka.

Mohd Kamal berkata, kedua-dua mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja tidak memakai topi keledar tetapi turut sama tidak mempunyai lesen memandu.

"Masalah tidak memakai topi keledar dan memandu tanpa lesen sudah banyak kali diingatkan dan sudah banyak kempen diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingannya.

"Namun masih ramai yang tidak mengindahkan ia sehinggalah ramai yang maut disebabkan kecuaian kecil ini, jadi saya berharap kepada ibu bapa terutamanya, supaya memantau anak-anak mereka lebih-lebih lagi di musim perayaan ini,'' katanya.

Mohd Kamal berkata, beliau tidak mahu Hari Raya Aidilfitri nanti disambut dengan kesedihan dan bukannya kegembiraan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved